Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Filem baharu Tom Cruise

SATU lagi filem aksi daripada pelakon popular, Tom Cruise selepas membintangi blokbuster iaitu Oblivion dan Mission Imposibble 5.

'Edge Of Tomorrow' mengisahkan Leftanan Kol.

Pengarahnya, Doug Liman berkata filem ini menampilkan bangsa manusia terpaksa berlawan dan mati berulang-ulang kali dalam kehidupan realiti dan fantasi.

"Awalnya Cage merupakan pegawai yang tidak pernah menerima latihan ketenteraan terjerumus dalam misi bahaya.

"Terperangkap dalam relung masa, dari masa ke semasa skil dan kemahiran menghadapi musuh semakin meningkat," katanya.

Dalam masa yang sama, Rita Vrataski berjaya membuatkan Cage pandai mengeksploitasi terhadap pertukaran fantasi dan realiti.

William 'Bill' Cage (Tom Cruise) dan Angkatan Tentera Khas Rita Vrataski (Emily Blunt) diarahkan untuk bekerjasama dalam misi menentang bangsa alien yang dikenali sebagai Mimics.




JUDUL : Edge Of Tomorrow
THRILLER : Video Edge Of Tomorrow
DURASI : 113 minit
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Pengarah: Doug Liman
Pelakon: Tom Cruise, Emily Blunt, Marianne Jean-Baptiste, Bill Paxton

Solat merata tempat

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR- “Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.

Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.
Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.

Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/solat-merata-tempat-1.281248

Sebak lihat kebesaran ALLAH

ALOR SETAR - Seorang mangsa kebakaran sebak menyaksikan tanda kebesaran ALLAH apabila sejadah yang dihampar untuk menunaikan solat Maghrib masih dalam keadaan elok walaupun rumahnya musnah di Kampung Pondok Chegar, Jalan Pantai Johor, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan kejadian yang membabitkan empat rumah berjiran itu berlaku kira-kira jam 7.15 malam, ketika mangsa Nor Hakimah Abdul Talib, 48, sedang mengambil wuduk di rumahnya.

“Semasa berwuduk saya mendengar bunyi bising orang ramai menjerit di luar rumah. Bimbang berlaku sesuatu saya segera menjenguk menerusi tingkap di ruang tamu namun terkejut melihat api sedang marak menjulang tinggi di rumah jiran.

“Dalam keadaan kelam kabut saya segera capai tuala untuk tutup kepala dan api juga sudah mula merebak ke arah tingkat atas rumah,” katanya kepada media, ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Hampar sejadah sebelum wuduk

Menurut Nor Hakimah, memang sudah menjadi rutin baginya menghampar sejadah di ruang solat berhampiran dapur sebelum mengambil wuduk.

“Memang sebak sangat melihat keadaan sejadah masih terletak elok di tempatnya bukti kekuasaan Allah sedangkan hampir keseluruhan bahagian rumah terbakar, hanya kawasan berhampiran dapur sahaja yang terselamat.

“Bingkai-bingkai tertulis kalimah suci al-Quran di sudut pintu masuk ke dapur serta beberapa naskah al-Quran yang diletakkan di atas rak juga langsung tidak terusik,” katanya.

Dia berkata, tindakan pantas dua orang anaknya iaitu Zulfekar Ahmad Shaalani, 18, dan Mohamad Iqbal Ahmad Shaalani, 15, turut menyelamatkan dua ahli keluarga mereka yang kurang sihat.

“Salah seorang anak perempuan saya terlantar demam sejak sebulan lalu berehat di atas katil berdekatan ruang tamu, manakala adik kedua iaitu Mazri, 46, yang mengalami masalah mental tidur di tingkat atas.

“Zulfekar pada awalnya membantu jiran memadam kebakaran namun apabila menyedari keadaan semakin tidak terkawal dia segera berpatah balik dan segera masuk ke dalam rumah memangku keluar kakaknya untuk dihantar ke rumah jiran berdekatan,” katanya.

Menurutnya, sementara Iqbal pula terpaksa menendang pintu di bahagian luar tingkat atas rumah untuk menarik keluar bapa saudaranya kerana tangga dalam rumah sudah hangus dalam kebakaran.

Solat Maghrib tertangguh, terkejut dengar kebakaran.

Suaminya, Marzuki Ahmad, 70, berkata, kejadian berlaku waktu dia sedang bersiap-siap mahu menunaikan solat Maghrib di surau bersebelahan dengan rumahnya.

“Saya terkejut dengar Iqbal menjerit rumah jiran terbakar sebelum bergegas turun. Sewaktu sampai depan rumah api sedang marak merebak ke rumah jiran dan saya bertindak segera menghubungi bomba serta memanggil beberapa jiran terdekat untuk membantu memadam kebakaran.

“Tidak sampai beberapa minit api turut merebak ke arah rumah kami. kerugian yang dialami mencecah hampir RM100,000 membabitkan rumah serta peralatan rumah,” katanya.

Sedar rumah terbakar, waktu mahu mengambil kunci kereta

Seorang lagi mangsa, Fitriah Arifin, 30, berkata, nasib baik sewaktu sedang membasuh pinggan, dia tergerak hati mahu naik ke tingkat atas mengambil kunci kereta.

“Belum sempat melangkah ke anak tangga kedua saya nampak api marak di bahagian atas rumah sebelum bergegas turun sambil menjerit meminta anak-anak, suami serta ayah berlari ke luar.

“Memang tidak sempat capai apa-apa barang pun kerana panik serta mendukung anak bongsu sebelum keluar daripada rumah menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, kebiasaannya anak-anak sudah tidur namun mujurlah ketika kejadian mereka sedang menonton televisyen bersama bapa di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri.

“Walaupun agak sedih dengan kejadian berlaku kerana ini merupakan rumah pusaka peninggalan datuk namun saya reda dengan apa yang berlaku. Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000.

“Ini adalah kejadian pertama yang berlaku sejak saya tinggal di sini. Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah saudara,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba Kedah, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Ahmad Naufal berkata, operasi memadamkan kebakaran melibatkan empat unit jentera bomba dan dibantu tujuh jentera bomba sukarela.

“Sepanjang operasi memadamkan kebakaran kita tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat bekalan air daripada sungai berhampiran tetapi api merebak terlalu cepat kerana kedudukan rumah terlalu dekat.

“Api berjaya dikawal pada pukul 8.04 malam dan kita masih menyiasat kerugian dan punca kebakaran,” katanya.

Sumber 

Water pump boleh membunuh

WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.
Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.

Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.
Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.

Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.

Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar dan menjadi kering seperti tar.

Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang terbakar akibat kepanasan melampau.


TIP PENJAGAAN :

Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan. Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk diselenggara dan membersihkan tangki radiator.

Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan atau enam bulan sekali.

Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Sumber: http://mytipsbox.wordpress.com/

Indoensia Sekat Vimeo

JAKARTA - INDONESIA. Indonesia, semalam mengenakan larangan ke atas laman perkongsian video terkenal Vimeo kerana didakwa mengandungi kandungan berunsur lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengumuman sekatan laman yang berpangkalan di Amerika Syarikat terbabit dibuat Kementerian Komunikasi selepas penemuan beberapa laman seperti Art of Nakedness dan Nudie Cutie yang memaparkan imej wanita bogel.

"Tindakan itu dibuat selepas kami menerima aduan mengenai laman web itu,"menurut kementerian itu.

Menurut laporan AFP, sebelum ini, Menteri Komunikasi Tifatul Sembiring melancarkan kempen membantah bahan haram di internet dan kini Vimeo tersenarai sebagai satu daripada 119 laman web lucah.

Sumber

Maklumat di hujung jari Page

USAHAWAN dan saintis komputer Amerika Syarikat ini merupakan pengasas Google. Beliau mula menunjukkan minat dengan bidang teknologi, perniagaan dan inovasi seawal usia kanak-kanak.

Page bertemu dengan Sergey Brin yang banyak membantunya untuk mencipta laman Google ketika melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Stanford. Pada 1998, Page dan Brin melancarkan syarikat Google untuk menyaingi Yahoo yang diasaskan pada 1994.

Sejak ia dilancarkan kira-kira 16 tahun lalu, Google menjadi enjin pencari paling terkenal dengan purata enam bilion pengguna.


Kehidupan Awal

Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 di East Lansing, Michigan. Bapanya, Carl Page merupakan perintis dalam bidang sains dan kecerdasan buatan manakala ibunya, Gloria adalah profesor sains komputer di Universiti Michigan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Okemos Monterssori School di Okemos pada 1975 hingga 1979 sebelum menamatkan pengajian sekolah menengah di East Lansing High School pada 1991.

Page berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Universiti Michigan dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Sains Komputer dari Universiti Stanford.

Ketika di peringkat pra-siswazah, beliau pernah mencipta pencetak jet dakwat diperbuat daripada bongkah Lego.  Beliau juga merupakan anggota kumpulan kereta solar terkemuka Maize & Blue pada 1993.

Ketika menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD), Page mula meneroka sistem jaringan sejagat dan memahami struktur pautan itu sebagai graf besar.


Terjun ke dunia perniagaan

Pada 1998, Page mengasaskan syarikat Google dengan Brin dan mereka turut memegang jawatan sebagai pengerusi bersama selama kira-kira tiga tahun.

Bagaimanapun, mereka bersepakat melantik jurutera perisian, Eric Schmidt sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Google pada 2001.

Pada 2004, Google melancarkan laman sosial Orkut dan memperkenalkan carian Google Dekstop.

Tidak lama selepas itu, Page dan Brin mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Tahun 2005 merupakan zaman kemuncak Google kerana mencipta Google Maps, Blogger Mobile, Google Reader dan iGoogle.

Kira-kira dua tahun selepas itu, Google memeterai perjanjian perkongsian dengan China Mobile dan Salesforce.com.

Perjanjian tersebut bertujuan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar di Kenya dan Rwanda melalui Google Apps.

Pada 2008, Google melancarkan Google Sites, versi baharu Google Earth dan Google Health, namun perkhidmatan itu dihentikan tiga tahun selepas itu kerana gagal mendapat sambutan.


Menderita lumpuh peti suara

Pada Mei tahun lalu, Page mendedah- kan korda vokalnya mengalami kelumpuhan peti suara selepas saraf bahagian kiri peti suaranya mengalami masalah sama pada 1999.

Menurut Page, beliau telah menderita masalah itu selama 14 tahun dan doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenarnya.

Bagaimanapun, pada Oktober lalu, Business Insider melaporkan, kelumpuhan peti suara dialami Page adalah disebabkan penyakit autoimun digelar sebagai Tiroiditis Hashimoto.

Sehingga kini, beliau masih berusaha mencari penawar penyakitnya itu.

Sumber

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.