Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Istimewanya Perlis Negeri Indera Kayangan!


  Asalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni admin nak share tentang keistimewaan Perlis Negeri Indera Kayangan/ Darul Sunnah. Berikut keistimewaanya.

Awalnya Tanah Jajahan Kedah?

  Perlis pada awalnya adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Islam telah mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada abad ke-21 yang dibantu oleh pengaruh Sultan kedah sebagai imej negeri.
   Nama negeri Perlis Indera Kayangannama diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Siam juga pernah menduduki Kedah pada 1821 termasuk Perlis, Kubang & Setul yang merupakan tanah jajahannya. Namun, penduduk tempatan bangkit dan menyebabkan serangan sehingga Siam berundur.

  Perlis menjadi sebuah negeri ketika Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya & sejak itu perlis bukan lagi tanah jajahan Kedah.

Negeri Terkecil Di Malaysia


Perlis- Warna merah kecik tu
  Perlis yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand merupakan negeri terkecil di Malaysia. Perlis hanya mempunyai  keluasan  810 km². Bilangan penduduk pula seramai 231,541 orang dengan kepadatan 282/km² berdasarkan banci 2010. 

Budaya & Bahasa Yang Unik!

   Majoriti penduduk Perlis merupakan kaum Melayu (79.74%) diikuti Cina, India dan lain-lain.  Penganut agama Islam merupakan yang tertinggi (87.9%) dan diikuti Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Namun, kepelbagaian bukan menghalang perpaduan penduduk di Perlis.

   Canggung, Ayam Didik & Cinta Sayang merupakan tarian tradisional yang popular di Perlis. Best tau lagu Canggung. Haha XD (tengok video kat bawah).
Pakaian tradisional yang popular pulak ialah Baju Kebaya Perlis. Labuh dan kain batik lepas atau kain yang dijahit sekali dengan sut merupakan keunikan Baju Kebaya Perlis. bagi pengantin pula, baju yang dipakai pengantin akan dijampi. huhu


 Kepada yang nak kawin dengan orang Perlis, ni admin share...
Loghat Bahasa Melayu Perlis
1. Ayaq = Air
2. Kasuit = Kasut/Selipar
3. Gerek = Basikal (err kat singapore gerek ada makna lain)
4. Tok = Nenek
5. Wan = Atok
6. Chaq = Atok
7. Depa = Mereka (dia orang)
8. Kapo = Korang
9. Mereka = Buat cerita
10. Hang = Kamu / Awak
11. Hangpa = Kamu semua / Awak semua
12. Mak Penakan = Emak Saudara
13. Pak Penakan = Bapa Saudara
14. Anak Penakan = Anak Saudara

Makanan Yang Sedap!


Jeruk Maman
   Jeruk maman merupakan makanan tradisional yang unik yang tak ada kat negeri lain. (Mungkin ada je, tapi tak sama rasa dengan yang ori). Makanan ini diperbuat menggunakan daun Maman yang diperap dengan garam dan beras. pulut mangga/mempelam pun popular jugak. Yang pernah rasa tinggalkan komen kat bawah ye.. hehe

   Makanan yang admin selalu dengar Kerabu Maggi! Dikatakan Kerabu Maggi ni popualar kat Perlis. Sedap ke Kerabu Maggi? Komen sikit.
kerabu maggi

   Selain makanan-makanan yang di atas, banyak jugak makanan yang popular seperti laksa beras, kerabu mangga, tom yam,  nasi ganja gepoh dan lain-lain. "Ganja" tu bukan ganja yang lagi satu tu eh. Ganja yang dimaksudkan disebabkan nasi tersebut akan membuatkan pelanggan akan ketagih sebab sedap. XD
Nasi Ganja Peroh

Tempat Menarik

  Banyak tempat-tempat menarik di Perlis. Antaranya untuk yang minat alam semula jadi bolehlah berkunjung ke Gua Kelam, Hutan Lipur Bukit Bukit Ayer, Tasik Timah Tasoh, Tasik Melati, Taman Negeri Perlis dan banyak lagi.
   Muzium dan mercu tanda terkenal di Perlis pula seperti Galeri Diraja Arau Perlis, Muzium Kota Kayang, Masjid Terapung Al-Hussin & Masjid Alwi.

 Kepada yang kaki shopping sesuai pergi ke Padang Besar pekan yang bersempadan dengan Thailand. Barang-barang yang dijual di Arked Niaga dengan harga yang murah dan berpatutuan, ada jugak barang-barang yang diimport dari Thailand seperti periuk belanga dan bunga-bungaan. Jangan tekejut ada kereta dengan nombor Thailand XD. Tempat lain pula seperti Pasar Wang Kelian.
Arked Niaga, Padang Besar

    Perlis bukanlah seperti KL yang mempunyai banyak Mall, tapi terdapat jugak beberapa pasaraya yang boleh dikunjungi seperti Kompleks Arau (CMart), Giant Superstore Kangar dan Kanyangan Squere (The Store).

Tengok video untuk lebih mengenali tempat-tempat menarik di Perlis.

 Sekian, semoga bermanfaat, Sekiranya ada kekurangan boleh komen kat ruangan komen kat bawah.

P/s: Admin baru sekali datang Perlis, Tu pun tak puas jalan-jalan. InsyaAllah nanti nak datang lagi. 


Sumber & rujukan:
Wikipedia
Prezi (Budaya Perlis)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Indahnya Mimpi
Kembara Makan
Cari Destinasi

Comments :

0 comments to “Istimewanya Perlis Negeri Indera Kayangan!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.