Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Cermin Kalis Peluru? Inilah Fungsi Sebenar Alat Ini. Baca Artikel Ini!


Gambar hiasan semata-mata
   Pernahkah anda terfikir fungsi alat seperti cermin yang sering diletakkan di hadapan kiri dan kanan orang yang berucap dalam majlis-majlis rasmi terutamya ahli-ahli politik?
pandangan pengguna Facebook
    Alat tersebut dikenali sebgai Teleprompter yang berfungsi sebagai alat bantu baca khususnya bagi seseorang yang ingin berucap di depan umum. Alat tersebut menjadikan orang yang berucap akan terlihat seperti berbicara lisan tanpa menggunakan teks.

  Awalnya alat tersebut digunakan oleh pemberita untuk siaran televisyen agar dalam menyampaikan berita kepada penonton televisyen terlihat seperti bercakap tanpa membaca. Alat ini juga dikenali sebagai Conference Teleprompter System.
Digunakan untuk berucap

Kaca yang digunakan dalam perangkat ini menggunakan lapisan lut sinar agar tidak mengahalang pandangan orang yang berucap oleh penonton atau kamera ketika membaca teks ucapan. Biasanya, teleprompter jenis ini menggunakan dua jenis kaca lut sinar yang diletakkan di sisi kiri dan kanan pembicara. Kaca-kaca tersebut berfungsi sebagai pemantul (reflektor) dari teks ucapan yang dipaparkan dari skrin komputer. Oleh itu, ucapan dapat di sampaikan sambil melihat ke arah penonton yang berada di sisi kiri dan kanannya.
Digunakan oleh pemberita yang dipasang bersama kamera



Kata TelePrompTer dengan huruf besar berasal dari nama pengeluar sebuah perusahaan teleprompter yang pertama kali mengembangkan peralatan elektronik tersebut di tahun 1950an.

Beberapa istilah atau nama lain teleprompter :

# Electronic Speech Notes
# Cueing Device
# Idiot Board (slang)
# Autocue

P/S: So, alat tersebut bukanlah cermin kalis peluru atau untuk mengelakkan air liur tempias ye... XD

Sumber rujukan: Jakarta Cyber

Comments :

0 comments to “Cermin Kalis Peluru? Inilah Fungsi Sebenar Alat Ini. Baca Artikel Ini!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.