Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 Aplikasi Menyunting Video Terbaik 2018


Hai para pembaca! Pada artikel kali ini saya akan kongsikan 5 aplikasi menyunting video yang terbaik untuk anda semua :)




1. FilmoraGo

FimoraGO merupakan aplikasi menyunting video yang popular dikalangan pengguna Android.

Ia juga mempunyai fungsi utama yang banyak dan mudah digunakan.

Anda boleh menyimpan video anda dalam pelbagai saiz contohnya 1:1 (Instagram) atau 16:9 (Youtube).

FilmoraGo mempunyai pembelian-dalam aplikasi tetapi kebanyakan fungsi adalah percuma.

2. Adobe Premiere Clip

Adobe Premiere Clip membolehkan anda untuk menyunting video secara cepat. Ia amat pantas dan seronok untuk digunakan.

Fungsi yang paling menarik ialah aplikasi ini boleh mencipta video anda secara automatik daripada klip atau gambar yang telah anda pilih.

Aplikasi ini percuma dan tidak mempunyai iklan.

3. Videoshow

Videoshow telah menerima pelbagai anugerah dan tanpa diragukan lagi ia merupakan salah satu aplikasi menyunting video terbaik di Play Store untuk pengguna Android.

Aplikasi ini mempunyai antara muka yang mesra-pengguna. Selain itu, ia juga mempunyai mudah digunakan dan terdapat lebih daripada 50 tema yang dapat anda gunakan untuk menyunting video anda. Anda juga boleh mengurangkan saiz video anda dengan memampatkannya tanpa mengurangkan kualiti video.

Aplikasi ini mempunyai sokongan untuk hampir kesemua peranti Android.

4. PowerDirector Video Editor App.

PowerDirector merupakan aplikasi menyunting video yang senang digunakan namun anda mungkin akan mengambil masa untuk belajar menggunakan aplikasi ini. Apabila anda telah mahir, anda akan mampu untuk menghasilkan video berkualiti tinggi daripada aplikasi ini.

Dengan aplikasi ini, anda dapat menghasilkan video skrin hijau yang menarik. PowerDirector juga mempunyai video tutorial untuk setiap fungsinya.

Apabila anda telah membeli versi naik taraf, ia membolehkan anda untuk membuang watermark, iklan dan menghasilkan video beresolusi 1080p mahupun 4K.

5. KineMaster

Dikombinasikan bersama fungsi yang hebat dan antara muka yang menarik, KineMaster merupakan aplikasi yang ideal. Aplikasi ini menggunakan teknik drag and drop supaya penggunanya mudah mengimport pelbagai jenis media fail. Anda juga boleh meletakkan teks atau membuat sarikata.

Bagaimanapun, anda perlu membayar versi penuh jika anda ingin membuang watermark, tetapi kebanyakkan fungsinya adalah percuma.


Adakah artikel di atas membantu? Jika YA, silakan SHARE artikel ini kepada kenalan anda :)

Comments :

0 comments to “5 Aplikasi Menyunting Video Terbaik 2018”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.