Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Jangan Lakukan Keke Challenge. Ini Sebabnya!


Anda pasti tahu tentang Keke Challenge yang menjadi tular  di media sosial, trend Keke Challenge ini juga dikenali dalam kalangan generasi muda hingga orang dewasa. Keke Challenge dianggap berbahaya kerana ianya dilakukan di jalan raya sambil kereta sedang bergerak.

Dalam cabaran ini, memainkan lagu In My Feelings dari Drake dan mereka keluar dari kereta manakala kereta terus berjalan walaupun pada kelajuan rendah. Cabaran ini adalah virus dunia maya dan malah boleh membahayakan.

Pakar dalam bidang memandu menganggap Keke Challenge ini merupakan tindakan berbahaya. Anda boleh lihat bahawa cabaran ini melibatkan kenderaan laju walaupun kelajuan rendah. Tarian viral ini boleh dikatakan tindakan kurang bijak dan tidak patut dicontohi. Semua aktiviti yang mellibatkan pemanduan kenderaan sama ada sebagai pemandu atau penumpang perlu ditangani serius dan bukan untuk dibuat mainan kerana potensi berlakunya kemalangan amat besar.

Berikut adalah bahaya melakukan Keke Challenge :
1. Penumpang boleh terjatuh semasa hendak turun dari kereta dan boleh menyebabkan kemalangan pada penumpang dan pada pemandu kereta.

2. Semasa penumpang turun dan menari boleh sahaja ada kereta lain yang datang dari arah berlawanan dan melanggar penumpang yang tengah menari.

3. menyebabkan kemalangan sesama kereta kerana pemandu fokus merakam penumpang yang tengah seronok menari di jalanan dan boleh menyebabkan kemalangan.

4.  Penumpang boleh cedera disebabkan boleh sahaja tergelincir atau ada orang lain yang cederakan.

Jadi, ada eloknya kita tidak melakukan Keke Challenge di tempat yang ramai orang atau ada eloknya kita buat challenge itu di tempat yang sunyi dan tidak ramai orang. Semoga artikel singkat ini boleh bermanfaat bagi anda semua

Comments :

0 comments to “Jangan Lakukan Keke Challenge. Ini Sebabnya!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.