Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Malu Apa Bossku: Asal Usul Perkataan "Bossku"


    Sejak beberapa hari lepas tular di media sosial sebuah poster & gambar yang terpapar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal dan 3 patah perkataan "Malu Apa Bossku".

    Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Namun, 3 perkataan tersebut kini telah menjadi trend terkini di media sosial.

   Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.

    Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga 'bossku' didakwa berasal dari Sabah.

"Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function 'bossku' ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation," tulis @ASyrfe 

Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan 'bossku' mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.

"Perkataan 'bos' orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat 'Bos, boleh tanya ke?'. Dia sama macam 'bro' juga la. Di sabah semua orang 'bos', tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan 'bos' memang biasa," kata @InjangNation

Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan 'bossku' merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.

"Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud 'kawanku'. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia," tulis laman sesawang tersebut.
  Dalam masa yang sama, turut tular sebuah video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut 'bosku' dan disambut oleh Najib dengan menyebut, 'Malu apa bosku'.


Sumber: Utusan OnlineDewan Bahasa & Pustaka

Comments :

0 comments to “Malu Apa Bossku: Asal Usul Perkataan "Bossku"”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.