Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Perodua Aruz: SUV 7 Tempat Duduk Termurah Di Malaysia?


  2 hari lepas telah dilancarkan Perodua Aruz yang merupakan SUV pertama Perodua. Selain memiliki reka bentuk yang moden dan mempunyai 7 tempat duduk, kereta ini juga ditawarkan dengan harga yang rendah bagi segmen SUV di Malaysia. 

“Dengan Perodua Aruz, orang ramai kini boleh menikmati sebuah SUV termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat dalam kenderaan mewah. -Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad 

    Berikut merupakan harga dan spesifikasi bagi dua varian Perodua Aruz.


Perodua Aruz 1.5 X

Mekanikal:
Enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual VVT-i
1,496 cc, empat silinder, petrol
105 PS pada 6,000 rpm, 136 Nm tork pada 4,200 rpm
Transmisi automatik empat-kelajuan torque converter
Eco Idle, ciri start/stop automatik bagi enjin
Kadar penggunaan minyak 15.6 km per liter

Luaran:
Lampu utama LED dengan fungsi “Follow Me Home”, tanpa On/Off automatik
Tanpa lampu kabus halogen hadapan
Rim aloi 17-inci dwi tona
Tanpa landasan pada bumbung
Tanpa diffuser krom pada bampar depan

Dalaman:
Tempat duduk fabrik
Stereng material Urethane dengan butang kawalan audio, tiada balutan kulit
Tanpa butang Bluetooth untuk jawab panggilan
Unit utama multimedia tujuh-inci, tanpa Smartlink dan tiada HDMI
Tayar ganti saiz penuh, dengan rim 17-inci sama
Pengimbas TnG binaan dalam
Port pengecas bagi ketiga-tiga barisan (USB di barisan satu dan dua, soket 12V di barisan ketiga)
Pendingin hawa zon tunggal manual, dengan paparan digital dan memori
Stereng larasan tinggi-rendah, bukan teleskopik
Corong pendingin hawa belakang (blower sahaja)
Sistem tanpa kunci dengan butang Push Start

Keselamatan:
Enam beg udara
VSA
ABS + EBD + BA
Bantuan Mula Mendaki dan Kawalan Menuruni Bukit
Isyarat Berhenti Kecemasan
Tujuh amaran tali keledar berasingan
Dua ISOFIX (hanya pada barisan kedua)



Perodua Aruz 1.5 Advance 

(Tambahan)
Luaran:
Lampu utama LED dengan fungsi “Follow Me Home” dan On/Off automatik
Landasan pada bumbung
Diffuser krom dan lampu kabus pada bampar hadapan

Dalam:
Kemasan krom dan hitam berkilat pada bahagian papan pemuka dan panel pintu
Unit utama multimedia tujuh-inci dengan Smartlink dan HDMI
Stereng balutan kulit, dengan butang kawalan audio dan Bluetooth untuk telefon
Tempat duduk balutan kulit
Tombol gear balutan kulit
Perakam video digital (DVR)

Keselamatan:
Advanced Safety Assist 2.0 (Front Collision Warning, AEB dengan Pedestrian Detection, Front Departure Warning, Pedal Misoperation Control)

Comments :

1
JohnRMay said... on 

Perlu diingat bahawa penggantungan Perodua Aruz direka dengan beban penuh (7 penumpang + bagasi) dalam fikiran, jadi dengan hanya 2 orang di atas kapal, penggantungan yang paling digambarkan sebagai 'di bawah teredam' dan menunggang keselesaan adalah di sisi yang lebih tegas.

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.