Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

28 Julai 2018 (Subuh): Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Pada Abad Ini



  Gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 28 Julai (Subuh nanti) merupakan paling lama abad ini, iaitu selama 1 jam 43 minit.

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, gerhana yang berlaku ketika bulan purnama kali ini, boleh dilihat di bahagian bumi yang sedang mengalami malam, iaitu meliputi sebahagian besar Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.

Di Malaysia, katanya, fasa gerhana separa bermula kira-kira jam 2.24 pagi dan secara perlahan lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, permukaan bulan menjadi gelap sedikit demi sedikit.

“Bulan purnama ini akan bertukar menjadi ‘sabit’ sehinggalah mencapai kegelapan penuh kira-kira sejam selepas itu, menandakan permulaan fasa gerhana bulan penuh berlaku jam 3.30 pagi selama kira-kira 1 jam 43 minit.

“Fasa gerhana penuh ini berlangsung sehinggalah jam 5.13 pagi apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra. Ketika ini, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan berada di luar kawasan bayang-bayang bumi kira-kira jam 6.19 pagi.

“Secara cerapan nampak, gerhana bulan kali ini sudah berakhir dan fasa bulan kembali menjadi fasa purnama sebagaimana biasa, walaupun untuk satu jam selepasnya, bulan masih berada dalam kawasan bayang-bayang luar (penumbra),” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, pada awal pagi 28 Julai ini, bulan berada sejauh 400100 kilometer (km) dari bumi, yang boleh disifatkan sebagai menghampiri jarak terjauh bulan dari bumi. Ini bermakna, saiz bulan secara relatifnya lebih kecil ketika purnama nanti.

 Gerhana bulan kali ini, zon bayang-bayang bumi mengunjur sejauh 1.4 juta km dengan saiz kawasan zon bayangan ini dianggarkan diameter keluasannya 9,200 km.

Di tambah dengan faktor orbit bulan merentasi hampir ke tengah kawasan zon umbra, gerhana bulan yang berlaku merupakan gerhana penuh dengan tempoh bergelapnya selama 1 jam 43 minit yang dikatakan sebagai tempoh gerhana penuh paling lama bagi abad ini (tahun 2001-2100).

Katanta, disebabkan gerhana ini berlaku ‘sepertiga malam’, umat Islam diharap tidak melepaskan peluang ini dengan menghidupkan awal pagi ini dengan menggerakkan aktiviti-aktiviti kerohanian, qiamullail dan membaca al-Quran serta selawat.

“Tuntutan supaya melakukan ‘solatul khusufin’ dan amalan-amalan lain ketika berlaku gerhana, sebenarnya manifestasi ikhtiar manusia agar Allah SWT sentiasa merahmati hidup mereka dan menghindari sebarang perkara buruk di luar kawalan manusia.

Sumber: Astro Awani

Comments :

0 comments to “28 Julai 2018 (Subuh): Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Pada Abad Ini”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.