Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Munafik 2 - Movie 2018


30 Ogos 2018 lalu telah ditayangkang filem Munafik 2 yang sangat dinanti-nantikan. Tayangan pertamanya mendapat sambutan yang hangat. Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem seram tersebut mengakui perkara seperti ini jarang berlaku dan sememangnya diluar jangkaan beliau. Filem ini juga sudah mengatasi rekod filem terhangat Malaysia, Hantu Kak Limah yang sebelum ini menugutip RM650,000 pada hari tayangan awal.

Benda sebegini jarang berlaku. Paling tidak pun, untuk tayangan awal sebegini, selalunya hanya boleh mengutip sebanyak RM500,000 ke RM600,000. Alhamdulillah, kerana secara tak langsung, ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem sekaligus memberi sokongan kepada filem tempatan.

Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya

Bahasa : Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi : P13
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Seram
Durasi : 2 Jam 1 Minit
Pengedar : Skop Production
Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali
Pengarah : Syamsul Yusof
Format : 2D

Comments :

0 comments to “Munafik 2 - Movie 2018”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.