Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Rupanya Ada Kampung Orang Melayu Di Pulau Cocos Australia




Sebuah pulau yang begitu terasing jauh dari negara jajahannya. Bagaikan anak yang terpisah jauh dari ibunya. Cocos Island atau dikenali sebagai Pulau Cocos yang terletak di Lautan India dan lebih tepat lagi berada jauh ke barat di antara pulau Sumatera dan pulau Jawa. Pulau ini dihuni hampir keseluruhannya orang Melayu yang asalnya dari Malaysia dan Indonesia yang beragama Islam berhijrah atau di bawa oleh British ke pulau tersebut bagi melakukan kerja-kerja penanaman, menjaga, memetik serta memperoses kelapa pada tahun 1880-an dahulu.
Lebih 150 tahun yang lepas, akhirnya menetap di kepulauan tersebut. Mereka kini sedang memperjuangkan hak mereka dari kerajaan Australia dan mahu diiktiraf sebagai penduduk asal atau ” Indigenous people” Kepulauan yang menyerupai Maldives dan mempunyai perairan yang cukup bersih dan terjaga.
Pulau Cocos memiliki 27 kepulauan dan penghuninya rata-rata berketurunan melayu Malaysia dan Indonesia dan generasinya masih mengekalkan budaya melayu yang kuat, berpakaian seperti orang melayu dan masih mengekalkan adat istiadat serta cara hidup yang lazimnya dihuni oleh orang melayu.
Terdapat sedikit pertembungan budaya Scottish yang diterapkan dalam kebudayaan seni mereka yang berkemungkinan hasil penjajahan British di kepulauan tersebut.

Kini, Pulau Cocos berada di bawah jajahan Australia setelah British menjual kepulauan tersebut kepada kerajaan Australia. Namun rata-rata rakyat Australia tidak mengetahui akan kewujudan pulau Cocos yang begitu cantik bahkan menakjubkan itu.
Sumber:Express Viral

Comments :

0 comments to “Rupanya Ada Kampung Orang Melayu Di Pulau Cocos Australia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.