Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

VIDEO: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai. Sedap & mudah!



 Raya korban baru je berlalu, maybe ada yang masih belum masak daging korban. Ni admin cadangkan resipi untuk dicuba!
 Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging lembu - rebus sehingga empuk dg pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih - diketuk 
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 sudu besar cili kisar 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos ikan thai 1/4 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Kacang panjang - jika suka
  • Daun sup/daun bawang 1 biji cili capsicum 1 cili merah 

Cara-cara:
  •  Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk.
  •  Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga sedikit kekuningan. Ketepikan terlebih dahulu. 
  •  Tumis bawang putih hingga naik bau dan seterusnya masukkan cili giling. 
  • Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. 
  •  Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. 
  • Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
 Nota: Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato

Video:

Selamat Mencuba!!

Sumber: Azie Kitchen

Comments :

0 comments to “VIDEO: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai. Sedap & mudah!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.