Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bau Ketiak Lelaki Berkhasiat Kurangkan Stress Kaum Wanita


    Hasil kajian yang bersumberkan Human Biology Department di University Pensylvania membuktikan bahawa bau ketiak lelaki mempunyai khasiat mengurangkan stress kaum wanita. Bau dari ketiak lelaki boleh membantu menurunkan tahap stress, mengatur peredaran haid dan membantu relaksasi.

Ketiak atau dalam bahasa Latin disebut axilla adalah daerah lipatan tubuh manusia yang menghubungkan lengan atas dengan bahu. Ketiak dikenal sebagai salah satu bahagian tubuh yang sensitif saat digelitik dan sebagai salah satu bagian tubuh yang agak tersembunyi.

Mengikut laporan dari Jurnal Biology of Reproduction America, bau ketiak lelaki yang asli dan tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan exsperimen dan ujikaji untuk membuktikan kaum wanita boleh tergoda dengan bau lelaki.

Hasil dari kajian yang dilakukan, perfume semulajadi ini (bau ketiak lelaki) disapukan pada bibir wanita seramai puluhan orang berumur dalam lingkungan 25-45 tahun.

Mereka tidak diberitahu bahawa benda yang disapukan itu adalah bau ketiak / peluh lelaki sebaliknya mereka cuma diberitahu itu adalah satu ujikaji terhadap satu aroma perfume yang baru.

Selepas 6 jam, Skala mood wanita diukur mendapati mood wanita-wanita berkenaan sangat bagus berbanding sebelumnya dan menyokong pendapat bahawa bau ketiak lelaki boleh mengurangkan stress wanita.

Oleh itu para suami kenalah sentiasa menjaga kebersihan ketiak dan memastikan tiada masalah ketiak hitam supaya isteri anda boleh boleh mengamalkan mencium ketiak suami. XD

Sumber/Rujukan: Utusan Islam

Comments :

0 comments to “Bau Ketiak Lelaki Berkhasiat Kurangkan Stress Kaum Wanita”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.