Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Istimewanya Negeri Terengganu Darul Iman!


  Terengganu antara negeri yang popular di Malaysia. Inilah keistimewaan negeri Terengganu Darul Iman.

Asal Usul: Taring anu? 

    Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas namun terdapat bukti menunjukkan bahawa Terengganu pernah menjadi tanah takhlukan Palembang dan Majapahit. Pengasas Kesultanan Terengganu pada hari ini ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. 
    Terengganu pernah disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Terengganu juga pernah menghadapi kuasa Siam  & British. 

    Terdapat beberapa cerita menyatakan bahawa nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Budaya: Pusat Bermulanya Ketamadunan Melayu

   Para sejarawan telah mengakui legasi kebudayaan, seni tradisional dan kraftangan Terengganu dari pelbagai bidang seperti songket, batik, tembaga, ukiran kayu, pembuatan bot, dan pertukangan asli adalah lambang keagungan dan kegemilangan artistik, lantas mendapat gelaran “Pusat Bermulanya Ketamadunan Melayu”.

    Terengganu mempunyai populasi seramai 1,210,100 orang dengan  Kepadatan 79/km²  pada tahun 2017 dan majoriti beragama Islam (96.9%). Joget Gamelan adalah warisan Istana Diraja Terengganu dan merupakan satu-satunya pasukan gamelan di Malaysia. 

  Tarian tradisional Ulek Mayang  yang terkenal di negeri ini merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian. Kini, tarian ini sering ditarikan untuk tujuan persembahan.
    Waitimang Landak, Anak Udang, Itik Gembo Gembo dan banyak lagi juga merupakan lagu rakyat yang terkenal di negeri ini.
Pakaian Tradisional

      Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.

     Terengganu juga mempunyai dialek yang unik dan sekiranya anda dapat memahami mesej yang cuba disampaikan, anda akan tahu bahawa rakyat Terengganu sememangnya suka mengusik dan bergurau senda. XD

Dialek/Loghat Terengganu:
se - satu 
duwe - dua 
tige - tiga 
pak - empat 
lime - lima 
nang - enam 
tujoh - tujuh 
lapang - lapan 
smilang - sembilang 
spuloh - sepuluh

pisa - pisau 
kograng - alat kukur kelapa 
payyang - tempayan
tubek - keluar 
derak - keluar 
berjalan-jalan 
comel lote - sangat comel
kelek wak lari - kendong bawa lari 
glebek yeng - gatal (mcm mengada-ngada la) 
Senyum Sokmo - Senyum Selalu
gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa) 
tupol glebek - sangat tumpul 
hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
musing ligak - berpusing2 dengan laju 
seppoh woh - bersepah-sepah  
puah - boring  
puah sang - kebosonan
masang catung - tarik muka mucung 14 ( tunjuk muka masam) 
nakouk pahik - sangat penakut 
debbo' - sangat gemuk  
dok rok meppeh - sangat2 tak larat 

Makanan: Kepok Lekor Ikang!!

Keropok Lekor Terengganu
   Terengganu terkenal dengan masakan dan hidangan yang unik seperti nasi dagang (masakan negeri yang diperbuat daripada beras pulut yang dikukus dan dimakan bersama gulai ikan parang), sata (diperbuat daripada ikan), keropok lekor (keropok ikan) dan lain-lain juadah yang manis, dan adakalanya dengan nama yang unik termasuk budu. huhuhuhu sedapnyeeeeee!
Nasi dagang Terengganu

Banyak Tempat-Tempat Menarik Untuk Dikunjungi

   Terengganu merupakan salah satu destinasi utama pelancongan di Malaysia, bukan sahaja kerana tarikan semula jadinya, bahkan kerana kekayaan sejarah, seni warisan dan budayanya.
 Aktiviti yang selalu kita dengar ialah mencandat sotong! Aktiviti ini sering dilakukan diantara bulan April-Ogos teruramanya di Marang sekitar Pulau Kapas.
Pasar Payang
 Berikut Tempat-tempat menarik di Terengganu: 
  1. Pasar Besar Kedai Payang (Sesuai untuk anda yang mencari produk-produk Terengganu)
  2. Taman Tamadun Islam (berdekatan Masjid Kristal)
    Masjid Kristal
  3. Muzium Negeri Terengganu
  4. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Merupakan sebuah masjid terapung di kawasan Kuala Awam Lagun Kuala Ibai)
  5. Zoo Kemaman
  6. Pantai Batu Burok
    Pantai Batu Burok
  7. Kompleks Kraft Nor Arfa
  8. Air Terjun Sekayu (terletak di Kuala Bereng)
  9. La Hot Spring (Kolam air panas paling menarik di Terengganu)
  10. Tasik Kenyir
  11. Air Terjun Chemerong (terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong)
    Air terjun Chemerong
  12. Kenyir Water Park yang terletak di pulau Poh (15 minit menaiki bot)
  13. Kenyir Elephant Village
  14. Santuari Kelah Sungai Petang
  15. Kelip-kelip Sungai Yah Yah
  16. Pulau Tenggol
  17. Pulau Perhentian
  18. Pulau Redang
    Pulau Perhentian
Terlalu banyak untuk disenaraikan.... [Lihat Senarai & Penerangan Penuh] atau tonton video kat bawah.

Negeri Yang Semakin Pesat Membangun

Daerah
   Terengganu berkeluasan 12,955 km² dan mempunyai 12 bandar utama.

Bandar Utama:

  1. Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air (Ibu negeri)
  2. Gong Badak
  3. Chukai
  4. Jerteh
  5. Dungun
  6. Kuala Berang
  7. Marang
  8. Bandar Permaisuri
  9. Kampung Raja
  10. Kuala Ibai
  11. Kerteh
  12. Kijal
East Coast Economic Region (ECER) 
    Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu. Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. 
   Kini, Terengganu rancak membangun terutamanya di Kuala Terengganu.


 PEMBANGUNAN KUALA TERENGGANU CITY CENTRE (KTCC)
Pelan Induk Pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu(KTCC) merupakan
perancangan Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC
dengan tujuan meningkatkan potensi bandar dan pelancongan sebagai gerbang
pelancongan di Pantai Timur. Ianya melibatkan pembangunan tanah di Muara Utara
dan Selatan Sungai Terengganu yang dianggarkan 180 ekar secara keseluruhan.
KTCC akan dihubungkan dengan oleh mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu
jambatan angkat. Fokus pembangunan KTCC adalah pembangunan berasaskan pelancongan, kediaman, komersil, kesihatan dan pendidikan. Pelaksana bagi pembangunan ini adalah pelabur-pelabur swasta yang berpotensi. -UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
Jambatan Angkat Terengganu
  Apa yang menarik dalam projek ini ialah pembinaan jambatan angkat pertama di Malaysia dan di rantau ini. Jambatan angkat sepanjang 632 meter berharga RM 200 juta ini juga akan menjadi mercu tanda utama pembangunan Terengganu. 


P/s: Penat nak cari maklumat2 ni.. kalau ada kekurangan maafkan admin. InsyaAllah SUKMA 2018 Terengganu no.1😆. Share dan komen.

Sumber & Rujukan:
Wikipedia

Comments :

0 comments to “Istimewanya Negeri Terengganu Darul Iman!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.