Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

7 Cara Menghalau Lalat



Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.

1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.
 

Nasi beriani resipi turun-temurun


Apabila berkunjung ke Johor, nasi beriani pasti antara hidangan wajib malah ia seperti tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan ikonik negeri berkenaan.

Penulis sendiri terliur pertama kali mencuba nasi beriani di restoran BP Bariani Power di Taman Soga, Batu Pahat, Johor.

Tekstur nasi yang lembut dan beraroma serta dihidangkan bersama lauk-pauk yang dimasak bersama rempah ratus membuatkan rasa nasi beriani ini berbeza berbanding restoran lain.

Pemiliknya, Siti Khairul Anom Atan, berkata BP Bariani Power mula dibuka pada tahun 1999 secara kecil-kecilan oleh arwah suaminya di kawasan perumahan lama mereka di Taman Soga.

Dek sambutan yang menggalakkan, dia yang lebih mesra dipanggil Anom, mendapat idea membuka restoran yang dikenali BP Bariani Power pada 2001.

“Keistimewaan beriani BP Bariani Power ialah cara memasaknya menggunakan resipi turun-temurun yang dipelajari arwah suami daripada ibu saudaranya selama 15 tahun.

“Dengan resipi yang dipelajari itu juga menjadikan nasi beriani gam sebagai kekuatan utama kami,” katanya.

Katanya, nasi beriani gam berbeza sedikit dengan nasi beriani biasa kerana dikukus dengan lauk sama ada ayam, daging atau kambing termasuk bahan lain iaitu gajus dan kismis. Malah sambal istimewa yang digaul bersama nasi juga membuatkan rasa nasi beriani gam ini berbeza dengan yang lain.

“Lauk seperti ayam, daging dan kambing juga dimasak sempurna menggunakan rempah ratus bagi memastikan ia lembut saat dinikmati,” katanya.

Mencungkil rahsia BP Beriani Power ini, kata Anom, tiada rahsia melainkan pemilihan beras berkualiti tinggi serta mengekalkan adunan rempah ratus untuk mendapatkan rasa asli nasi beriani.

“Tempoh masa yang lama diambil suami untuk mempelajari selok-belok dan rahsia memasak serta resipi turun-temurun dari sebelah suami juga adalah salah satu faktor beriani di sini enak dan sedap.

“Teknik memasak nasi beraini ini juga kena betul supaya ia tidak melekat sebaliknya menjadi sebutir-sebutir,” katanya.

Selain nasi beriani dan beriani gam, air bandung soda serta durian belanda turut digemari pelanggan yang berkunjung ke restoran BP Bariani Power ini.

“Alhamdulillah sehingga kini sambutan diterima amat menggalakkan dan kami memasak 500 kilogram beras sehari untuk hidangan pelanggan,” katanya.

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke restoran ini datang terus ke restoran ini di di No.18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000, Batu Pahat, Johor. -

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71747#sthash.1LZBE7QG.dpuf

Pedang siapa besar?


Pittsburgh: Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai menggunakan pisau panjang terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong apabila penjaga kedai berkenaan mencabar mereka dengan pedang yang lebih besar seperti digunakan pahlawan kuno Cina.

Dalam kejadian Jumaat lalu yang dirakam CCTV kedai berkenaan, dua lelaki bertopeng menyerbu masuk kedai itu sebelum mengeluarkan pisau dan mengarahkan juruwang menyerahkan wang.

Namun, dua lelaki itu kemudian dilihat bergegas berlari keluar dari kedai apabila juruwang berkenaan mengejar mereka sambil memegang pedang besar.

Abang juruwang berkenaan, MC Hydare, berkata” “Saya hanya mahu beritahu mereka (perompak terbabit), jangan buat seperti ini. Kami boleh dapat wang dengan cara lain yang lebih baik, bukan seperti ini.

“Pergi cari kerja.” - BGR.com




Via

Renungan untuk diri ini yang selalu lalai dan lupa

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM100  apabila dibawa ke masjid untuk disumbangkan, tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke pasaraya untuk dibelanjakan...

Betapa lamanya beribadah kepada Allah selama lima belas minit, namun betapa singkatnya ketika kita seronok menonton drama / movie...

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan), namun betapa mudahnya kalau berbual atau bergosip dengan pasangan / kawan-kawan tanpa perlu berpikir panjang...

Betapa seronoknya apabila perlawanan bola dipanjangkan ke waktu tambahan, namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa...

Betapa susahnya untuk membaca satu muka Al-Quran tapi betapa mudahnya membaca 100 muka dari novel yang laris...

Betapa gembiranya orang untuk duduk didepan dalam satu-satu pertandingan atau konsert, namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid...

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa Ramadhan...

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu, namun betapa mudahnya menyesuaikan diri dalam sekelip masa untuk program / event yang menyeronokkan...

Betapa susahnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Quran, namun betapa mudahnya untuk mengulangi gosip yang sama kepada orang lain...

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh suratkhabar / majalah, namun betapa kita meragukan apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran...

Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya, namun betapa kita berani menangguh dan ambil masa yang lama untuk menghadap Allah saat azan telah lama berkumandang...

Betapa cantiknya pakaian yang kita pakai dalam menghadiri majlis keramaian tapi kita pakai pakaian yang lebih kurang atau asal boleh atau asal menutup aurat ketika menghadap Allah (ketika bersolat)...

Justeru, muhasabahlah dirimu kerana apa yang ada pada dirimu sekarang ini adalah milik Allah dan sebagai pinjaman sahaja. Dunia ini hanya tumpangan sementara, akhirat jualah yang kekal selama-lamanya...

Via : Whatsapp

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....


via : whatsapp Group

Kisah Usin Sekeluarga

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah

abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai

ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20

Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu- mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

via : fb.com

KISAH BAJU RAYA ANAK PEMERINTAH ISLAM

haslelawatimohdarpa.blogspot.com
Kisah Baju Raya Anak Saidina Umar Al Khattab r.a

Suatu hari anak Khalifah Umar Al-Khattab r.a pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).

Di antara mereka mengatakan : “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan baju budak ini..."
Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuat hatinya teramat sedih...

Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.

Walaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan.

Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al-Khattab r.a berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)

Kerana ketiadaan wang, pergilah Saidina Umar r.a ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.

Kerana tidak bertemu dengan Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut :

“Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati...

Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya'Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..”

Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.

Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...

Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan...

"Kepada Amirul-Mukminin Umar bin Al-Khattab,

Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.

Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?

Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan الله ?

Wassalam..”

Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar Al-Khattab r.a melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis.

“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.

Umar r.a menjawab :

“Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”

Kemudian anaknya berkata : “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan الله dan menderhakai kedua orang tuanya.

Sesungguhnya aku berharap agar الله Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..”

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

●Coretan dari Ustaz Nasir■
(Makkah al Mukarramah)

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

                        Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

                        Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

                        "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

                        Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK

Sekadar hiasan
Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja. "Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Kejujuran Saudagar Permata

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya.

Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, “Berapakah harga barang ini kamu beli?”
Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham.”

“Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara.” Kata saudagar Yunus lagi.

“Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham.”

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, “Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?” Marah saudagar Yunus lagi.

“Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham.” Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.

Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri.”

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga.” (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa’i).

Sumber : dongengkakrico.wordpress.com

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
 
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."
 
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
 
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
 
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
 
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."
 
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
 
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

Sumber : rahimimuslim.blogspot.com

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada  Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

 Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".
Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:
"Ya Rasulullah!
Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa- apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada
sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. samp
aikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda ...........pukullah kami
wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam
keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku  melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk  Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.

Kisah Seorang Supervisor

Renungan pagi......
Moga diberi hidayah..
Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita.
Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak...

Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri..

Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya.
Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.
Renungan Bersama..

Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan.
Di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya,
maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong.
Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa,
bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan
Allah mengabulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati
bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah,
daripada diri kita.

Ilmu Allah sangat amatlah luas.

Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.

Saudaraku
molek cerita ni
Ia boleh jadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari
sifat mazmumah.

Walau sehebat mana diri kita
jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kalian"

YANG..

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "megumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Pesanan seorang Pengetua baru-baru ni semasa perjumpaan waris dengan guru sekolah..bacalah surah ini ke dahi anak-anak setiap hari..banyak kelebihannya...dan jika ada hutang berkaitan pelajaran anak-anak..maka jelaskanlah secepat mungkin demi keberkatan ilmu yg meresap masuk ke jiwa anak-anak kita...jangan terdetik sedikit pun di dalam hati kita bahawa anak kita tidak boleh buat..tidak boleh berjaya atau akan gagal..fikir yg baik-baik...

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Sumber : fb.com

MIMPI SEORANG GADIS

Gambar Sekadar Hiasan
================== Untuk Renungan Bersama..... ====================
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood
 =============================
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
=============================
Lalu Rasulullah menegurnya.
 =============================
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
 =============================

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya =============================

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. =============================
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." =============================
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
 =============================
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
 =============================
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
 =============================
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
=============================
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. =============================
 Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. =============================
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. =============================
Lalu aku bertanya kepada ayahku.
 =============================
 "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" =============================
 Lalu dijawab oleh ayahnya
============================= .
"Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"
=============================
 Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
 =============================
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
 =============================
 Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. =============================
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. =============================
 Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
=============================
 Rasulullah lantas berkata,
=============================
"Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." =============================
 "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....

Aktor Fast & Furious teruja sambut Ramadan

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36,  antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian  Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya  seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.

Sumber

Gambar Kucing Berbuka Puasa Jadi Viral

Sejak beberapa hari ini gambar menunjukkan seekor kucing ingin berbuka puasa bersama umat Islam yang lain menjadi viral. Bersama-sama ambil pengajaran daripada foto ini.


via

FUNGSI TOMBOL WINDOWS PADA KEYBOARD ANDA

FUNGSI TOMBOL WINDOWS

1. Kalau kamu mau meninggalkan mejamu sebentar, kamu bisa menekan tombol Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini layar kamu akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu khawatir ada yang menyalahgunakan komputermu.

2. Ketika mau cari dokumen, orang biasa akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan tombol windows+E, dan kamu akan langsung masuk ke PC Manager.

3. Bos kamu datang ketika kamu main game! Bagaimana? Jangan gegabah! Langsung tekan windows+D, kamu akan langsung masuk ke dekstopmu!

4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, layar kamu akan terganti menjadi 3D

5. Alat perekam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan ketik psr.exe, setelah itu kamu bisa langsung memulai rekaman.

6. Windows +R dan masukan osk, layar kamu akan muncul keyboard virtual!

7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, kamu bisa memperbesar atau memperkecil gambar di layar!

8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu bisa menukar halaman di browsermu. Dan tekan ctrl+w, kamu bisa langsung menutup halaman yang sedang dibuka.

9. Ctrl+Esc memunculkan layar Start

10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.

Semoga Bermanfaat.

15 of the Coolest Facebook Timeline Profiles




Holiday profile.


E.T. on Facebook. (Source)




(Source)


Italian engineer Paolo Bruno decided to innovate and create his resume as a Facebook timeline profile. (Source)





Israel's Anti-Drugs Authority, along with agency McCann Israel, makes creative use of Facebook's Timeline design, which splits your profile content evenly down the middle. A profile for "Adam Barak" compares pictures of the fictional character over the course of a year -- on one side, he is on drugs, on the other, he isn't. The pictures themselves are of a real copywriter at McCann, Daniel Barak. (Source)


Who doesn't love Mario? (Source)


(Source)








She belongs to the 0,5% who prefer Google +.


(Source)


(Source)



Via

Bintang Kanak-kanak Kecil dan Dewasa

Angus T. Jones - popular comedy, Two and a Half Men



Dewasa


Kanak-kanak


Jonathan Lipnicki - Stuart Little, The Little Vampire, and Like Mike.

Kanak-kanak

Dewasa

Macauley Culkin - Home Alone


Kanak-kanak


Dewasa

 Erik Per Sullivan - Dewey from Malcolm in the Middle

Kanak-kanak


Dewasa
 Adam Lamberg (Lizzie McGuire)





Unusual Funny Bus Stops

Lets take a look at some of the Unusual Bus Stops all over the world!! These are quite really Unusual.

Take a look !



Swing on a Bus Stop in London, part of Bruno Taylor's "Playful Spaces" art project

Swing on a Bus Stop in London, part of Bruno Taylor's



This increible bus stop was designed by Dennis Oppenheim in Ventura California

This increible bus stop was designed by Dennis Oppenheim in Ventura California


Air-conditioned bus stop, presumably near Burj Al Arab hotel in Dubai

Air-conditioned bus stop, presumably near Burj Al Arab hotel in Dubai


The Simpsons Bus stop in Germany, advertising for the movie

The Simpsons Bus stop in Germany, advertising for the movie


This Star Wars "faux light saber" bus stop ad lights up at night.The caption says "Use Only In Case of Sith"

This Star Wars


This bus stop allows skaters to go on a mini ramp attached to a bus stop, it's a Quiksilver ad

This bus stop allows skaters to go on a mini ramp attached to a bus stop, it's a Quiksilver ad


Australia Post Bus Stop Advertisement

Australia Post Bus Stop Advertisement


3M was so sure their Security Glass was unbreakable, they put a large stack of cash behind it and shoved it in a bus stop.



3M was so sure their Security Glass was unbreakable, they put a large stack of cash behind it and shoved it in a bus stop.

Sumber

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.