Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 Negeri/Wilayah Terkaya Di Malaysia


Wilayah Persekutuan Labuan
   Pendapatan per kapita, atau Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) per kapita merujuk kepada berapa banyakkah hasil dalam negeri yang dikumpulkan, dan dibahagikan mengikut jumlah penduduk. Sebagai contoh jika pendapatan dalam negeri adalah RM 1,000, dan penduduk dalam negeri itu adalah 10 orang, maka pendapatan per kapita adalah RM 100.  KDNK per kapita merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti taraf hidup rakyat dalam sesebuah negeri atau negara. Namun, negeri dengan KDNK yang tinggi tidak semestinya semua rakyatnya berpendapatan tinggi.

   Berikut merupakan 5 negeri terkaya berdasarkan KDNK. Adakah negeri anda tersenarai? tinggalkan komen :)

5. Sarawak: RM 44,333 setahun (RM 3,694 sebulan)

Kuching, Sarawak
   Di Sarawak banyak terdapat sumber asli, dan industri utama seperti perlombongan, pertanian, dan perhutanan menyumbang 32.8% daripada ekonomi pada tahun 2013. Ia juga mengkhusus dalam pembuatan makanan dan minuman, produk berasaskan kayu dan rotan, produk logam asas, dan petrokimia, serta kargo dan perkhidmatan udara dan pelancongan

4. Selangor: RM 44,616 setahun (RM 3,718 sebulan)

Shah Alam, Selangor
   Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta proton dan perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini.

3. Pulau Pinang: RM 47,322 setahun (RM 3,943 sebulan)

Georgtown, Pulau Pinang
    Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

2. W.P Labuan: RM 61,833 setahun (RM 5,152 sebulan)

Wilayah Persekutuan Labuan
   Pada April 2009, atas permintaan Kumpulan 20 negara kaya dan membangun, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menyenaraihitamkan Labuan sebagai satu dari "syurga bagi rahsia perbankan". Selain Malaysia, OECD juga menyenaraihitamkan Filipina, Costa Rica dan Uruguay. Empat negara ini dinamakan sebagai negara yang paling bawah kerana menolak untuk menerima peraturan baru keterbukaan kewangan seperti bertukar-tukar maklumat mengenai cukai. Namun OECD mengeluarkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Labuan dalam senarai hitam syurga cukai yang tidak bekerjasama atau komitmennya untuk bekerjasama dalam memerangi penyalahgunaan pematuhan dalam piawai percukaian cuma beberapa hari kemudian.

1. W.P Kuala Lumpur (Termasuk W.P Putrajaya): RM 101,420 setahun (RM 8,451 sebulan)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
   Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang paling berindustri dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia. Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya


Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Pastikan Rumah Sentiasa Kemas!


   Selalu datang rumah kawan-kawan atau orang lain rapi dan kemas je walaupun ada anak kecil. Tapi kalau kat rumah sendiri kemas tu masa lepas kemas je lepastu bersepah balik. Sebenarnya nak pastikan rumah kelihatan kemas sepanjang masa bukanlah dengan cara mengemas keseluruhan rumah. Berikut merupakan perkongsian Ainniena Azney untuk memastikan rumah sentiasa kemas. Semoga bermanfaat!

1. Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil
Kelihatan kemas.

2. Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang nina tak suka tapi terpaksa kene buat jugak okey !

3. Jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Ini pantang larang mak nina. Dia suka “ngepek” kalo tengok pinggan mangkuk bersepah dalam sinki. Sekarang nina pon jadi sakit mata sakit je hati ni kalo tengok sinki bersepah.

4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe.

5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Fuhh ni bahagian Nayla punya. Dia punya kawasan ni paling kerap kena kemas.

Tip Ekstra
* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas. Nina suka sangat cuci tandas sebab Nina tak boleh dengan tandas kotor. Geliii euuii .
* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.
* Seminggu sekali mop lantai.
Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas. Anda hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!

Sumber: Ainniena Azney  Mingguan Wanita

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.