Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 Pantai Tercantik di Malaysia. Adakah pantai negeri anda tersenarai?




Tahukah anda bahawa anda telah menghabiskan ratusan ringgit untuk melancong ke luar negara semata-mata untuk mencari pusat peranginan yang terbaik.

Jangan tak tahu ya, sebenarnya banyak pantai-pantai yang cantik di Malaysia ini. Jadi anda semua tidak perlulah berhabis duit pergi ke luar negara. Mari kita lihat 5 pantai cantik yang ada di Malaysia

5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)


Sesuai buat mereka yang mencari ketenangan, pantai ini tidak mempunyai banyak pengunjung seperti Pantai Cenang. Pantai Tanjung Rhu mempunyai pasir yang halus dan bersih serta air yang jelas seperti kristal membuat orang akan mengagumi kecantikan pantai ini.

4. Pantai Pulau Manukan (Sabah)


Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti 'parasailing' selam skuba, snorkelling dan lain-lain. Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

3. Pantai Perhentian Kecil, Pulau Perhentian (Terengganu)

Pantai ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya dan pengunjung masih belum mengenali pantai ini. Selain itu, bot juga tidak dibenarkan memasuki pantai kerana terumbu kawang yand wujud di kawasan air cetek. Pengunjung juga berpengalaman menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

2. Pantai Cherating (Pahang)

Cherating merupakan salah satu pusat peranginan tepi pantai yang terkenal di Malaysia malahan banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Sesuai untuk pasangan berbulan madu ataupun percutian keluarga, anda juga berpeluang untuk belajar papan luncur sewaktu berada di sini.

1.Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang Mersing (Johor)

Sesuai dengan namanya pantai ini mempunyai pasir yang putih, lembut dan masih dipelihara alam semula jadinya serta pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bola tampar, mandi laut dan berjemur di bawah sinaran matahari. Bagaimanapun, nama sebenar pantai ini adalah Pasir Panjang namun disebabkan sudah banyak nama pantai seperti itu di Malaysia (Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) maka penggunaan nama pantai ini ditukar kepada nama Pasir Putih.


Sumber: Sinar Harian

(Video) VIRAL: Kerana Rendang Ayam "Crispy" Kita Bersatu





Sejak semalam kecoh di laman media sosial mengenai kisah ayam rendang perlu rangup tular sehingga mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Isu ini bermula apabila kisah tukang masak, Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya dikatakan tidak rangup dan garing.

Selepas kedua-dua juri pertandingan masakan itu kena 'troll' netizen, kini giliran restoran makanan segera pula menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk makanan mereka.

KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera "bukan rendang" merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang.
“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!"
"Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?" 

   Selain rakyat Malaysia yang bersatu disebabkan isu rendang ini. Perkara ini juga menarik perhatian beberapa orang selebriti seperti chef wan termasuklah ahli politik Malaysia seperti Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib dan Tun Dr. Mahathir.

Sumber: Astro Awani

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.