Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Neymar Gugat Messi



















Madrid: Bintang baru juara Sepanyol, Barcelona, Neymar dari Brazil mendapat sambutan luar biasa peminat apabila seramai 50,000 orang membanjiri Nou Camp kelmarin.
“Saya amat gembira dan teruja untuk menjadi pemain Barca, bagaikan mimpi menjadi kenyataan,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

Bagaimanapun, dia yakin Pemain Terbaik Tahunan Dunia, Lionel Messi akan terus kekal sebagai pemain utama Barca.
-->
“Bagi saya ada perkara lebih penting untuk kelab. Saya ke sini untuk membantu pasukan dan Messi akan terus kekal sebagai pemain terbaik dunia.” Neymar tiba di ibu negeri Catalan pada jam 1 petang (waktu tempatan), terus dibawa bergambar di stadium dan menjalani dua ujian perubatan di hospital tempatan dan di gelanggang latihan.

Dia kemudian dibawa ke stadium untuk diumum secara rasmi sebagai pemain Barca yang diikat selama lima tahun hingga 2018.

Media Sepanyol melaporkan, perpindahan Neymar bernilai antara AS$51.7 juta (RM159.9 juta) hingga AS$64.6 juta (RM199.9 juta).
Sebagai melengkapkan acara, Neymar turun ke padang menghiburkan peminat dengan menunjukkan kemahirannya mengawal bola sebelum menyarung jersi Barcelona buat kali pertama, jersi yang tertulis nama Neymar Jr di belakang namun dia belum diberi nombor jersi. - AFP

Sumber

Comments :

0 comments to “Neymar Gugat Messi”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.