Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Airmarine Cup 2019 : Malaysia ke-3




BUKIT JALIL : Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akhirnya menunjukkan kebolehan yang sebenar apabila berjaya menundukkan Afghanistan dengan keputusan 2-1 petang tadi. Hal ini sekaligus menjadikan Malaysia pemenang tempat ke-3 bagi edisi ini.



Skuad yang sama sebelum ini dilihat longlai dan hilang taringnya apabila ditundukkan oleh Singapura akibat kelalaian barisan pertahanan mengawal pemain muda lincah Singapura, Faris Ramli. Namun, pada perlawanan petang tadi, ternyata Skuad Malaysia lebih fokus dan kreatif mencipta peluang jaringan. Hal ini dibuktikan dengan statistik menunjukkan 13 percubaan dihasilkan dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat. 

Pemain bertubuh kecil, Faiz Nasir nyata persis dengan peribahasa Melayu, "Kecil-kecil cili padi" apabila meledak gol cantik dengan tendangan deras tepat ke penjuru kiri gol Afghanistan. Sebelum itu, pemain Afghanistan, Faisal Sayestesh juga meledak gol cantik dengan sepakan lencong yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat atau gelarannya Apek.


Gol kemenangan pula adalah hasil kesilapan pemain pertahanan Afghanistan yang menendang masuk bola hasil hantaran lencong Matthew Davies yang mengelirukan pemain lawan.

Kemenangan ini hanyalah suatu permulaan kepada perjuangan yang masih sangat panjang, konsistensi dan fokus perlu ditingkatkan dalam diri pemain agar tidak timbul tenggelam sebaliknya terus berprestasi cemerlang. Apapun, tahniah diucapkan kepada pemain dan semua pihak yang terlibat.

Ayuh, Harimau Malaya, kita robek Asia!

Comments :

0 comments to “Airmarine Cup 2019 : Malaysia ke-3”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.