Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

PRK Semenyih: "Aku Dah Sedia Terima Yang Buruk" -Uncle Kentang


Kuan Chee Heng dalam akaun Facebooknya sebentar tadi telah memuat naik status. “Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk,” tulisnya dalam status tersebut. 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang seolah-olah mengetahui dia akan berdepan kekalahan dalam pertarungan empat penjuru itu. Beliau juga meminta pengikut di akaun Facebook miliknya tidak berduka cita dengan kekalahnya itu.

“Tolong ‘rileks’. Saya hanya mencari 50 undi ke 100 undi. Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk. Tetapi saya mahu pengikut jangan berdukacita.

“Kita telah cipta satu rangkaian orang susah di Semenyih dah. So rileks ye. Jangan bersusah hati untuk uncle,” tulisnya dalam status itu.

Kekalahan teruk dalam PRK telah dapat beliau jangkakan apabila menentang tiga lagi calon, masing-masing Zakaria Hanafi (BN); Muhammad Aiman Zainali (PH) dan Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul. Namun, beliau tetap tenang dan berasa lega kerana impiannya bertandung mewakili orang susah dapat dipenuhi.

PRK Semenyih telah menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula kerusi tradisinya di Semenyih apabila calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undian.

Sumber: Astro Awani

Comments :

0 comments to “PRK Semenyih: "Aku Dah Sedia Terima Yang Buruk" -Uncle Kentang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.