Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Malaya baham Filipina


SHAH ALAM : Skuad kendalian Ong Kim Swee yang diperkuat dengan gabungan bekas pemain daripada Piala AFF Suzuki, telah berjaya mengalahkan Pasukan Filipina di tempat sendiri.

Harimau Malaya berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 0 dan 2 daripada gol tersebut dijaringkan oleh pemain dengan tag '12 juta' , Akhyar Rashid. Manakala, satu gol lagi dijaringkan oleh pemain gantian lincah, Faisal Halim atau gelarannya Mickey.

Gawang Filipina dirobek seawal minit ke-3 dengan sepakan deras daripada Akhyar Rashid hasil hantaran daripada Syahmi Safari. Kemudiannya , selepas asakan demi asakan, pada minit ke-30, Akhyar dengan bergaya menjaringkan sebuah lagi gol dengan teknik "Back heel" selepas bola tersebut gagal dikawal kemas oleh Syamer Kutty Abba. Manakala gol ke-3 dijaringkan Faisal Halim dengan gelecekan dan skill individu yang menarik yang berjaya menewaskan penjaga gol Filipina, Michael Asong pada minit ke-80.

Semestinya kejayaan ini akan menjadi penanda aras kepada skuad Ong Kim Swee kerana mereka akan bertemu dengan pasukan Laos, yang sebelum ini diratah China dengan keputusan 5-0. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada Ahad, 24 Mac 2019, dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

Adalah diharapkan bahawa Harimau Malaya tidak alpa dengan kemenangan ini sebaliknya terus cakna dan bersedia menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Selamat berjuang!

Comments :

0 comments to “Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Malaya baham Filipina”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.