Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kelayakan AFC U23 2019 : Malaysia Ikat China



SHAH ALAM : Malaysia mengikat China dengan keputusan seri 2-2 di stadium Shah Alam tadi selepas  perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan.


Pasukan China yang sebelum ini "makan besar" dikejutkan dengan gol pembukaan seawal minit ke 14' perlawanan hasil hantaran padu Syahmi Safari yang mengenai kaki pemain China, Zhu Chenjie yang kemudiannya termasuk ke gawang sendiri. Selang 4 minit kemudian, pasukan China pula menerjah gawang Malaysia dengan tandukan pemain berjersi nombor 9, Zhang Yuning.


Tamat separuh masa pertama, pada minit ke-54 Malaysia kemudiannya menjaringkan gol pendahuluan dengan tindakan bijak diambil oleh Danial Haqim yang menendang masuk bola yang tidak dikawal kemas oleh Penjaga gol China.


Pada akhir perlawanan iaitu minit ke-83, Malaysia memilih jalan susah apabila tandukan Jiang Shenglong menewaskan Haziq Nadzli yang sebelumnya bertindak kemas menangkap percubaan-percubaan China.


Apapun, pujian harus diberikan kepada Skuad Harimau Muda atas kesungguhan, kredibiliti dan potensi sebenar yang ditunjukkan pada malam ini. Mari kita doakan agar Malaysia layak ke 16 pasukan terbaik untuk meneruskan perjalanan merebut Piala AFC U23 bagi tahun 2019.



Comments :

0 comments to “Kelayakan AFC U23 2019 : Malaysia Ikat China”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.