Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ikan puyu ‘tawan’ sungai di Australia

Canberra: Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia mengambil langkah berjaga-jaga selepas satu spesies ikan puyu mula `menawan’ perairan negara itu.

Satu kajian oleh Universiti James Cook mendapati ikan itu dikesan di Selat Torres di Queensland dan membiak di dua sungai di sana.

Saintis, Dr Nathan Waltham percaya ikan puyu yang boleh membesar sepanjang 25 sentimeter itu berasal dari Papua New Guinea dan kini menjadi ancaman kepada hidupan air tempatan.

“Ancaman ikan ini sangat besar kerana ia boleh bergerak dari Selat Torres menuju ke utara Australia,” katanya.

Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia dalam laman sesawangnya memberitahu ikan puyu boleh menyebabkan ikan atau burung yang cuba memakannya tercekik.

“Ikan ini mempunyai sisik kasar dan duri tajam yang boleh menyebabkan haiwan lain tercekik jika cuba memakannya,” katanya.

Ikan puyu boleh hidup tanpa air selama beberapa hari dan boleh bergerak di darat dengan menggunakan insangnya yang tajam. - AFP -

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/55369

Comments :

1
Miliana said... on 

menarik sekali baca beritanya

harga excavator indonesia

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.