Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Petik gitar ketika otak dibedah


Rio de Janeiro: Seorang lelaki Brazil mengejutkan doktor dengan menyanyi lagu The Beatles ‘Yesterday,’ sambil memetik gitarnya ketika menjalani pembedahan otak.

 Anthony Kulkamp Dias, 33, sedar sepanjang pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya dan menyanyi untuk pasukan perubatan yang membedahnya.

Tindakannya membolehkan doktor mengelak daripada menyentuh saraf otak yang mengawal deria, pergerakan dan percakapan.

Kulkamp, pekerja bank, bermula dengan menyanyi lagu Emanuel yang dicipta untuk anaknya yang baru lahir sebelum meneruskan dengan lagu hit Beatles itu.

 Kulkamp pemain gitar profesional sejak 20 tahun lalu, disahkan menghidap ketumbuhan berkenaan 15 hari selepas anaknya dilahirkan. -

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/55800

Comments :

1
Miliana said... on 

hebat sekali bisa sambil main gitar

Jual truk indonesia

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.