Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Janggut punya pasal

Stockholm: Seorang lelaki hampir ditahan polis kerana disangka penculik selepas membawa anak lelakinya dalam beg beli-belah, hanya disebabkan dia tidak dikenali jirannya akibat menyimpan jambang.

Torkel Kristoffers, 39, memilih berjambang selepas mengambil cuti untuk menjaga anaknya, Axel, dua tahun.

Namun, tanpa disangka dia hampir mengundang masalah selepas Axel meminta dibawa ke rumah rakan di dalam beg beli-belah selepas mereka membeli barang dapur.

Seorang jiran yang melihat dua beranak itu tidak mengenali Kristoffers menyebabkannya pantas menelefon polis untuk melaporkan Axel diculik.

Kristoffers terkejut selepas polis menyerbu kediamannya, namun tiada tindakan diambil selepas kekeliruan itu diperjelaskan.

Kristoffers bagaimanapun, tidak mengambil hati malah, memuat naik gambarnya yang berjambang ke Facebook.

 “Memang tiba masa untuk mencukur jambang ini apabila dua kereta peronda polis datang mengambil tindakan!” katanya.

Jurucakap polis, Eva Nilsson mengesahkan perkara itu. “Buat masa ini, bukanlah satu kesalahan untuk membawa kanak-kanak di dalam beg beli-belah,” katanya. - Agensi -

Sumber at: http://www.hmetro.com.my/node/56233

Comments :

0 comments to “Janggut punya pasal”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.