Sumber berkata, pengundian itu dilakukan di La Seyne-sur-Mer, bandar di barat daya negara itu awal minggu ini.
Ini kali pertama sebuah jalan raya di Perancis dinamakan sempena nama pemimpin Arab.
Beberapa anggota majlis sebelumnya membantah penggunaan nama Yasser Arafat atas alasan ia tokoh kontroversi.
Ada juga menganggapnya ‘pengganas.’ Bagaimanapun, Datuk Bandar Marc Vuillemot berkata, Jalan Yasser Arafat sesuai kerana ada Jalan Yitzhak Rabin tidak jauh dari situ.
“Kedua-duanya pernah menjadi tokoh yang terbabit dalam usaha keamanan di Asia Barat.
Kedua-duanya juga memenangi Hadiah Keamanan Nobel bersama-sama. Mengapa nama Yasser Arafat tidak boleh digunakan,” katanya. - AFP -
Sumber at: http://www.hmetro.com.my/node/56084
Comments :
0 comments to “Jalan Yasser Arafat di Perancis”
Post a Comment