Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Sanggup menyamar bantu teman wanita

Astana: Kerana cinta, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai kekasihnya yang berusia 17 tahun untuk mengambil alih tempat gadis itu menduduki peperiksaan memasuki universiti.

Ayan Zhademov, 20, terdesak untuk membantu teman wanitanya apabila gadis itu memberitahunya dia gementar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Selepas gagal menenangkannya, Ayan membuat rancangan, menyamar sebagai kekasihnya untuk menduduki Ujian Kebangsaan yang diwajibkan ke atas pelajar di Kazakhstan untuk mendapat tempat di universiti.

Dengan memakai rambut palsu, bermekap dan memakai uniform sekolah kekasihnya, Ayan cuba memasuki dewan peperiksaan di bandar Zhetisai, selatan Kazakhstan.

Bagaimanapun, dia ditahan pegawai peperiksaan kerana kelihatan berbeza dengan gambar dalam kad pengenalan gadis itu.

Seorang pegawai berkata: “Kami mengesyaki dia wanita yang menduduki peperiksaan untuk calon yang didaftarkan untuk peperiksaan itu. Kami tidak mengesyaki dia lelaki sehinggalah dia mula bercakap.”

Ayan didapati bersalah dan didenda RM8,100.

Bagaimanapun, seorang ahli perniagaan yang tertarik dengan kisah cinta pasangan itu membayarkan separuh denda berkenaan.

Seorang pelajar Dariga Nesterova berkata: “Tindakan lelaki itu bodoh. Tetapi dia sungguh romantik.
Memang cinta itu buta, tapi saya berharap dapat teman lelaki yang sanggup berkorban seperti dia.”

Rakannya, Goga Korzhova berkata: “Gadis itu beruntung kerana mempunyai teman lelaki yang berani, yang sanggup melakukan apa saja untuknya.”

Gadis itu terpaksa tunggu tahun depan untuk mengulangi peperiksaan berkenaan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57010

Comments :

0 comments to “Sanggup menyamar bantu teman wanita”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.