Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tempe paling panjang di dunia

Yogyakarta: Seorang pengusaha tempe di sini membuat tempe sepanjang 100 meter, sekali gus menjadi tempe paling panjang di dunia.

Tumino berkata, kos membuat tempe itu menelan belanja sebanyak Rp1 juta (RM277) dan mengambil masa selama lima hari untuk disiapkan.

Katanya, pada mulanya dia mahu memotong tempe itu sebelum menjualnya di pasar.

“Bagaimanapun, saya mengubah fikiran dan mahu tempe ini dipamerkan kepada penduduk,” katanya.

Menurutnya, seramai 100 orang membantu mengeluarkan tempe itu dari kilangnya dan meletakkan ia di jalan raya untuk dipamerkan.

“Tempe ini dibuat di dalam kilang dan agak sukar untuk membawanya keluar.

“Kami juga berdepan untuk membalut tempe ini dengan plastik kerana ia terlalu panjang,” jelasnya.

Selepas dipamerkan, tempe itu dijual pada harga Rp15,000 (RM4.16) semeter.

Menurutnya, dia kini merancang untuk membuat tempe yang lebih panjang. - Agensi

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/54851

Comments :

1
Miliana said... on 

panjang sekali tempenya ya

truk pengangkut alat berat

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.