Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kucing selamatkan bayi berusia 3 bulan


kucing-selamatkan-bayi-berusia-3-bulan
OBNINSK, (MLP) - Seekor kucing telah menyelamatkan nyawa seorang bayi lelaki yang dibiarkan oleh ibu-bapanya di bandar Rusia yang bermusim sejuk ini.

Masha, nama kucing yang diberi oleh penduduk bangunan pangsapuri itu telah menemui bayi lelaki yang berumur 3 bulan di dalam sebuah kotak di luar bangunan tersebut. Ia kemudian telah melompat ke dalam kotak dan mengiau dengan kuat tanpa berhenti.

Seorang penduduk blok, Irina Lavrova telah mendengar Masha mengiau dan bergegas ke situ atas sangkaan kucing itu telah cedera. Sebaliknya, dia telah menemui Masha dengan bayi itu. 

Bayi itu kemudiannya telah dikejarkan ke hospital dan Masha cuba untuk mengejar ambulans itu. Pihak berkuasa telah melancarkan satu siasatan untuk mencari ibu-bapa bayi tersebut. 

Sejak kejadian ini, Masha dilaporkan diberi makanan yang lebih banyak oleh penduduk-penduduk pangsapuri. 

Kredit Foto: God Vine

Sumber

Comments :

0 comments to “ Kucing selamatkan bayi berusia 3 bulan ”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.