Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Polis kacak penyelamat kucing jadi viral


polis-kacak-penyelamat-kucing-jadi-viral
Gambar dan perihal dua pegawai polis Singapura menjadi viral di media sosial selepas dua anggota polis itu menyelamatkan seekor kucing dari pokok pada minggu lalu.

Rata-rata orang ramai yang melihat gambar-gambar itu memuji kedua anggota polis tersebut di samping berpendapat kedua-dua mereka sangat kacak.

Gambar Staf Sarjan (SSgt) Benjamin Cheah dan pasangan bertugasnya, Koperal (Koperal) Mohammad Faidzul Bin Muslim yang dimuat naik di laman Facebook mempunyai lebih daripada 10,000 likes dan komen selain dikongsi ribuan pengguna laman sosial.


Tidak cukup dengan itu, ada segelintir pihak yang sanggup mencari maklumat pegawai kacak Benjamin Cheah di Facebook.

Hasil kegigihan gadis-gadis yang ditawan asmara cinta, mereka berjaya mengetahui bahawa jejaka terbabit berusia 24 tahun dan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.


Namun seketika mendapat tahu bahawa anggota polis terbabit sudah berkahwin, ramai pula yang mengutarakan komen-komen berbaur kecewa.

Kredit gambar: kamithemedia, Twitter
 

Comments :

0 comments to “ Polis kacak penyelamat kucing jadi viral”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.