Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ketahui identiti ‘bayi matahari’ dalam siri Teletubbies


ketahui-identiti-bayi-matahari-dalam-siri-teletubbies
Masihkah anda ingat pada bayi matahari dalam program kanak-kanak berjudul Teletubbies?

Pastinya anda ingin tahu bagaimanakah rupa bayi tersebut selepas hampir dua dekad siri itu ditayangkan.

Bayi tersebut kini hampir dewasa dan sebenarnya merupakan seorang gadis bernama Jess Smith.

Semasa membesar, Jess tidak pernah memberitahu sesiapa ekoran malu bahawa dia adalah salah seorang karekter di dalam rancangan popular itu.


Gadis berusia 19 tahun ini melanjutkan pelajaran di Universiti Canterbury Chris Church dan membongkar rahsianya itu semasa bermain permainan truth or dare.

“Saya bakal menghabiskan tiga tahun bersama rakan-rakan di sini jadi apa salahnya saya memberitahu mereka,” ujar Jess.

Jess yang meminati seni tarian ini menyatakan bahawa dia mendapat dorongan dan semangat dari teman sekuliah untuk berani tampil dan mengaku bahawa dia adalah bayi matahari dari siri Teletubbies.


“Memang ramai yang pernah mengaku bahawa mereka adalah wajah disebalik matahari itu namun saya mempunyai bukti yang benar”, terang gadis yang berasal dari Edenbridge ini.

Jess turut memuat naik surat tawaran ujibakat rancangan terbabit di laman Facebooknya selain sebuah status yang menyatakan bahawa dahulunya dia dibayar £250 (RM1,356) dan diberi sekotak pemainan.

Pemilik nama penuh Jess Elizabeth Smith ini turut menerangkan sebab mengapa dia begitu galak bergelak ketawa dalam setiap episod Teletubbies. Ia adalah kerana bapanya, Bill menghiburkannya dengan patung permainan.

Kredit gambar: mtv

Comments :

0 comments to “Ketahui identiti ‘bayi matahari’ dalam siri Teletubbies”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.