Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tun Dr.Ismail, negarawan 'low profile'


tun-dr-ismail-negarawan-low-profile "Kami di Malaya mempunyai tiga kaum utama; orang Melayu, Cina dan India, yang hidup bersama generasi demi generasi dengan aman damai dan harmoni. Perbezaan agama dan latar belakang -budaya, perbezaan status ekonomi dan sosial tidakpun menjadi rintangan untuk mewujudkan perpaduan nasional ketiga kaum itu." - Tun Dr.Ismail

Salah seorang tokoh yang mungkin tidak popular di kalangan remaja adalah Tun Dr.Ismail. Jika ditanya remaja atau belia hari ini siapakah beliau, mungkin ramai yang akan garu kepala. Mungkin ada juga yang bagi jawapan "Eh, itu bukan nama taman perumahan ke?"

Betullah, tapi kalau tak ada jasa, mana mungkin namanya diabadikan pada taman itu, bukan?

Mari kita lihat siapa hero yang tak didendang ini.

- Tun Dr.Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak.

- Beliau berasal dari Johor Bahru dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari Universiti Melbourne, Australia

- Tun Dr.Ismail menyertai UMNO pada tahun 1951 selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO

- Ketika era pentadbiran Tunku Abdul Rahman, beliau menjadi diplomat pertama Malaya ke PBB dan Duta Besar Malaya yang pertama ke Amerika Syarikat

- Pernah berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berpakaian kebangsaan Melayu lengkap dengan tengkolok dan sebilah keris di pinggangnya

- Beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 di rumahnya di Jalan Maxwell (dinamakan semula Jalan Tun Dr. Ismail kemudiannya) dan dikebumikan di Makam Negara

Antara ungkapan beliau yang paling popular ialah 'Jangan sapu ke bawah permaidani'. Ungkapan ini diucapkan beliau berikutan keadaan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Mungkin generasi hari ini perlu diingatkan kembali tentang ungkapan ini.

Sumber

Comments :

0 comments to “ Tun Dr.Ismail, negarawan 'low profile'”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.