Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bawa adik ke sekolah dalam beg plastik


bawa-adik-ke-sekolah-dalam-beg-plastik
RIYADH, (MLP) - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 7 tahun telah membawa adik lelakinya yang baru lahir ke sekolah di dalam sebuah beg plastik.

Pelajar Grade 2 itu telah memberitahu rakan - rakan sekelas bahawa ibunya telah melahirkan seorang adik lelaki dan mereka tidak mempercayainya. Oleh itu, dia telah membuat keputusan untuk membawa adik lelaki ke sekolah di dalam sebuah beg plastik.

Apabila dia berangkat ke sekolah, ibu mereka masih tidur dan tidak sedar bahawa bayi  dibawa oleh anak perempuannya ke sekolah sehingga pembantu rumah telah sedar yang dia itu telah hilang.

Ketika di sekolah, bayi telah mula menangis dan ini telah menarik perhatian guru di dalam kelas. Guru yang bertugas terkejut menemui bayi di dalam beg and mula menyoal adiknya. Guru besar kemudian telah menghubungi pihak polis dan ibu-bapanya dan mereka telah bergegas ke sekolah untuk mengambil bayi lelaki mereka. 

Kredit Foto: LA Times

Sumber

Comments :

0 comments to “ Bawa adik ke sekolah dalam beg plastik”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.