Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Caliph Buskers trending di laman sosial


caliph-buskers-trending-di-laman-sosial Kehadiran kumpulan pemuzik jalanan, Caliph Buskers dalam persembahan kumpulan Mojo di Anugerah Juara Lagu semalam, bukan sahaja menerima reaksi positif daripada penonton, malah berjaya menjadikan nama mereka trending di laman sosial.

Kehadiran mereka yang menggantikan vokalis asal Mojo, Aweera, menyanyikan lagu Romancinta, menerima tepukan gemuruh malah turut mendapat standing ovation daripada penonton.

Mari kita lihat serba sedikit tentang Caliph Buskers.

1. Dianggotai Fendy Alun, Mohd. Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Khairul Azmi Saad, Nor Nadira Rubiana dan Syahzmeen Abdul Rahman.

2. Sering mengadakan persembahan pada setiap hari Sabtu sehingga Khamis selama tiga jam bermula jam 12 tengah hari di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

3. Mereka mampu mendapat sekitar RM50 hingga RM60 sehari.





4. Kumpulan ini ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu.

5. Terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).

6. Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.

7. Dijemput untuk mengisi kekosongan posisi vokalis untuk kumpulan Mojo pada AJL, dan ia membuahkan hasil apabila persembahan mereka dinobatkan pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Kredit gambar: Facebook/BERNAMA

Sumber

Comments :

0 comments to “ Caliph Buskers trending di laman sosial”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.