Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bukan ‘kafe Dajal’

Solo: Anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memadamkan gambar mata satu di kafe miliknya di sini selepas dikritik kerana menyerupai simbol dajal.

Gibran Rakabuming Raka membuang gambar mata satu di belakang imej piramid di kafenya yang dikenali sebagai Markobar itu selepas dikritik hebat di Internet.

Gibran berkata, gambar yang diletakkan di kafe yang diusahakan bersama rakannya, Arif Setyobudi itu tiada kena mengena dengan pergerakan misteri, Illuminati atau Freemason.

“Gambar mata satu ini membawa maksud saya dan Ariff mempunyai satu visi dan misi yang sama.

“Imej ini juga membawa maksud kami berkongsi satu bahasa dan pandangan untuk memajukan perniagaan,” katanya.

Ujarnya, lambang piramid atau segi tiga itu pula menunjukkan premisnya sudah membuka tiga cawangan.

Gibran dikritik selepas beberapa laman sesawang dan blog menuduh kafenya ‘Kafe Dajal’ kerana terdapat simbol mata satu. - Agens

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51270

Comments :

0 comments to “Bukan ‘kafe Dajal’”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.