Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kenali Puteri Cambridge

Anda mungkin telah mengetahui tentang kelahiran bayi perempuan pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton. Hakikatnya, keluarga diraja Britain punya nilai sensasi dan aura yang tak dimiliki keluarga diraja lain.

Kami kongsikan tujuh fakta tentang puteri yang bakal memegang gelaran Puteri Cambridge ini yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini.

1. Kate melahirkan puterinya secara normal walaupun kelahirannya agak lewat dari tarikh jangkaan. Kate dimasukkan ke wad bersalin pada jam 6 pagi, sebelum selamat melahirkan bayinya dua jam kemudian.

2. Puteri Cambridge ini berada di tempat keempat dalam senarai pewarisan takhta Britain, sekaligus menolak bapa saudaranya, Harry, di tempat kelima.

3. Pun begitu, agak sukar untuk puteri ini menaiki takhta. Hanya jika abangnya, Putera George, tidak memiliki anak suatu hari nanti, barulah dia akan ditabalkan sebagai Ratu.

4. Merupakan Puteri Cambridge pertama dalam masa 182 tahun.

5. Dianggarkan punya nilai mencecah £1 bilion sebelum berusia 10 tahun; majoritinya adalah kerana pengaruh yang bakal dibawa dalam industri fesyen dan kecantikan.

6. Merupakan bayi pertama dalam tempoh 25 tahun, dilahirkan dengan gelaran rasmi 'Puteri'.

7. Antara nama yang dikatakan bakal diberi kepadanya ialah Charlotte, Alice dan nama mendiang nendanya, Diana.


Sumber

Comments :

0 comments to “ Kenali Puteri Cambridge”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.