Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kemalangan DUKE: Dua pemandu Myvi mengaku tidak bersalah


kemalangan-duke-dua-pemandu-myvi-mengaku-tidak-bersalah KUALA LUMPUR, (MLP) - Dua pemandu kereta jenis Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pagi tadi (Semalam).

Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31 dan Siti Noor Aini Mohd Sai, 35 didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Memetik laporan Astro AWANI, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan wang jaminan RM9000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh.

Lesen memandu juga digantung sehingga kes selesai dan pasport antarabangsa mereka harus diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 22 Jun.

Siti Noor Aini diwakili dua peguam S. Ravenesan dan S. Preakas manakala Mohammad Fizal diwakili peguam Hashim Ibrahim.

Ketiga-tiga enggan memberikan sebarang komen berhubung kes berkenaan.

"Kita tunggu dan lihat," kata S. Ravenesan ringkas.

Kredit gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib

Sumber

Comments :

0 comments to “Kemalangan DUKE: Dua pemandu Myvi mengaku tidak bersalah”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.