Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Mesin penghancur batu ‘makan’ orang

Annapolis (Amerika Syarikat): Seorang pekerja kuari di sini maut dalam keadaan mengerikan kelmarin apabila badannya hampir hancur selepas terjatuh ke dalam mesin penghancur batu.

Kemalangan itu berlaku apabila tali keselamatan dipakai mangsa terbelit pada sawat penyampai di kuari.

Lelaki itu yang gagal melepaskan diri ditarik masuk ke dalam mesin berkenaan.

Pasukan paramedik dipanggil ke lokasi kejadian tetapi lelaki itu sudah mati.

Jurucakap polis berkata, seramai lima pekerja berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang hampir hancur di dalam mesin berkenaan.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan polis sudah mula menyiasat kejadian itu,” katanya. - AP

Sumber

Comments :

0 comments to “Mesin penghancur batu ‘makan’ orang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.