Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Guru diarah gugur kandungan atau dipecat

CHINA, (MLP) – Biarpun pernah mendapat izin untuk menambah anak, seorang guru di Beijing diarahkan untuk menggugurkan kandungan atau dibuang kerja.

Memetik laporan LifeNews, guru berkenaan yang sebelum ini mendapat izin menambah anak telah diarahkan untuk menggugurkan kandungannya selepas dipindahkan tempat bertugas.

Ia adalah kerana sekolah barunya mempunyai undang-undang yang berlainan.

Difahamkan guru yang sedang hamil itu dikenali sebagai Qin Yi. Dia dan suaminya, Meng Shaoping memiliki anak dengan pasangan terdahulu.

Biro pendidikan serta suruhanjaya kesihatan dan perancang keluarga di daerah Libo, Guizhou menyatakan pasangan terbabit tidak dibenarkan untuk mempunyai zuriat walaupun baru sahaja berkahwin.

Menurut notis yang diedarkan dalam talian dan akhbar tempatan, Qin yang kini hamil lima bulan, harus menggugurkan kandungan sebelum tibanya hujung bulan ini sekiranya tidak mahu dipecat dari jawatan sekarang.

Kenyataan itu turut disahkan pegawai dari suruhanjaya berkenaan.

Pegawai tersebut mengatakan pasangan itu sebelum ini telah memohon kebenaran untuk mempunyai anak dari pihak berkuasa di bandar Huangshan, timur wilayah Anhui, tempat dia mendaftarkan kediamannya.

Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada Qin menukar lokasi kediamannya kepada Anhui awal tahun ini bagi mendapatkan kebenaran untuk melahirkan anak.

Wilayah Anhui membenarkan pasangan memiliki satu anak lagi sekiranya mereka tidak mempunyai lebih dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Gambar sekadar hiasan.
 

Sumber

Comments :

0 comments to “ Guru diarah gugur kandungan atau dipecat”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.