Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui umum


25-fakta-mengenai-marvel-yang-tidak-diketahui-umum
Siapa sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?

Filem-filem yang menampilkan karekter superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.

Ketahui 25 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:

(Foto: flickr JD Hancock)

Doctor Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader.

(Foto: Den of Geek)

Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu? Stan Lee dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel.

(Foto: Elciudadano)

Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri.

(Foto: Facebook HugoHugo)

Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia. Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai.



(Foto: Comic Vine)

Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’. Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri.

(Foto: Comic Vine)

Semasa sesi produksi filem the Avengers, krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977.

(Foto: Comic Vine)

Biarpun pelik tetapi Marvel mempunyai seorang superhero yang dipanggil Squirrel Girl. Dia pernah mengalahkan Doctor Doom dengan membanjiri kapal terbangnya dengan sekawanan tupai.

(Foto: Comic Vine)

Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996. Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man).

(Foto: Pixshark)

Percayakah anda wujudnya superhero yang dipanggi Throg? Throg adalah seekor katak yang mempunyai kuasa Thor dan beraksi dalam kumpulan dipanggil Pet Avengers.

(Foto: Marvel)

Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya. Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan karekter itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel.

(Foto: Comic Vine)

Marvel pernah menerbitkan komik berjudul  Spider-Ham pada tahun 1983. Ianya adalah Spider-Pig yang bernama Peter Porker.

(Foto: RevafallArts)

Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200?

(Foto: Dorkly)

Selain bekerja untuk Marvel, Stan Lee pernah menulis 15 isu DC comics. Siri tersebut menampilkan Stan Lee membuat rendisi tersendirinya mengenai adiwira DC termasuklah Batman, Superman, Wonder Woman dan lain-lain.

(Foto: Comic Vine)

Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya. Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear.

(Foto: Comic Vine)

Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson).

(Foto: Comic Vine)

Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik. Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan.

(Foto: Comic Vine)

Mr. Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali immortality (hidup kekal abadi). Mr. Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar.

(Foto: Comic Vine)

Dalam dunia rekaan Marvel, ada sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para villain.


Spider-Man mengahwini Mary Jane pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti  yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea.

(Foto: Comic Vine)

Rapper Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel!

(Foto: Comic Vine)

Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat.


Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’. Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa.

(Foto: Marvel)

Jika anda tertanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony. 
 

Comments :

0 comments to “Fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui umum”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.