Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Pekerja KFC Afrika cuci ayam atas lantai


pekerja-kfc-cuci-ayam-atas-lantai Sebuah video yang memaparkan dua orang pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) mencuci ayam di atas lantai dimuat naik di lamanYouTube dan tersebar meluas di laman sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku di KFC Braamfontein yang terletak di Afrika Selatan.

Rakaman video jelas memperlihat salah seorang pekerja terbabit membaling daging ayam mentah ke lantai dan menyiramnya dengan air paip sambil diperhatikan oleh rakan sekerjanya.

Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dimuat naik pada 8 Mei lalu dan sehingga kini mencapai tontonan melebihi 338 ribu.

Premis KFC tersebut sebelum ini dilaporkan telah ditutup sementara pihak KFC Afrika Selatan menjalankan siasatan.

Namun hasil siasatan awal mendapati, ayam-ayam yang dicampakkan ke lantai oleh dua pekerja terbabit merupakan ayam yang tidak dijual kepada pelanggan KFC.

Sumber & Video

Comments :

1
Miliana said... on 

untung tidak untuk dijual ya

alat berat untuk proyek konstruksi

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.