Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

[ Berita ] : Sabah Bergegar Lagi



SABAH, 28 MAC : Gempa bumi berskala kecil telah menggegarkan daerah Ranau, Sabah tadi. Gempa bumi yang berukuran 3.0 Skala Richter itu telah mengejutkan penduduk-penduduk Ranau. 


Gempa Bumi yang berlaku pada kira-kira jam 1.46 petang tadi paling dirasai oleh penduduk Ranau.


Adalah diharapkan semua penduduk Sabah selamat dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.Namun, buat masa ini, tiada amaran Tsunami dikeluarkan.


[Minyak Wangi] : Mana Lagi Tahan Lama? 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette' atau 'Eau de Cologne'?


Sebelum pergi sekolah, sembur perfume. Sebelum pergi kerja, sembur perfume. Sebelum pergi dating pun, mesti, wajib, harus dan sunat untuk sembur perfume!

Tapi, kalau beli perfume, mesti nak yang tahan lama bukan? Korang beli perfume jenis yang mana satu? Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT), atau Eau de Cologne (EDC) ?


Perfume 
Sekarang, agak susah nak cari minyak wangi yang original. Maksud original di sini adalah minyak wangi asli. Minyak wangi original mempunyai tahap kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Biasanya, kalau dah nama pun 'original', harga pun mesti original! Minyak wangi ini harganya sangat mahal dan selalunya bukan diletakkan dalam botol jenis spray (sembur). 
Apa beza ketiga-tiga ni sebenarnya?

Eau de Parfum 

Kepekatan minyak wangi - 10% - 20%
EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Minyak wangi ini boleh tahan sehingga 5 jam. EDP lebih kurang sama dengan perfume, cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray. 
Eau de Toilette
Kepekatan minyak wangi - 4% - 15%
EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak untuk kegunaan seharian. 
Eau de Cologne 
Kepekatan minyak wangi - 2% - 5%
Cologne adalah singkatan bagi Eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman. Di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne. Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak. Mereka juga mungkin mengandungi minyak lavender penting dan rosemary.
Kesimpulan?
Maka, Eau de Parfum ialah minyak wangi yang paling tahan lama. Diikuti dengan Eau de Toilette, seterusnya Eau de Cologne. Membeli lah dengan bijak, pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya! Teheee. 

[Tips] : Cara Ukur Saiz Cincin Di Jari Guna Pembaris


Tidak ramai yang tahu cara untuk mengukur saiz cincin pada jari masing-masing, dan terpaksa pergi ke kedai barangan kemas bagi mengetahui saiz jari sebenar.


Terdapat juga golongan jejaka idaman yang ingin menghadiahkan pasangan mereka sebuah cincin sebagai 'surprise', akan tetapi, saiz cincin yang ngam atau bertepatan dengan jari pasangan tidak diketahui.

Jangan risau, Malaysia Duniaku datang menyelamat! "Not all heroes wear capes gais!"

HOW TO MEASURE ? - UKUR JARI

Bahan-bahan: Sediakan kertas, gunting, pembaris dan pen.

Arahan: Lilitkan kertas pada jari yang dikehendaki.


Setelah selesai menanda, semak ukurannya (dalam milimeter) dan rujuk jadual dibawah.

Women Size
No.4 length 43-47mm / 4.3-4.7cm

No.5 length 47-50mm / 4.7-5.0cm
No.6 length 50-54mm / 5.0-5.4cm
No.7 length 54-57mm / 5.4-5.7cm
No.8 length 57-58mm / 5.7-5.8cm

Men Size
No.7 length 54-56.9mm / 5.4-5.69cm
No.8 length 57-58mm / 5.7-5.8cm
No.9 length 58-59.5mm / 5.8-5.95cm
No.10 length 60-62mm / 6.0-6.2cm


[Terkini] : Filem Upin Ipin Dapat Rating 9.4/10 di IMDb !




Pada 21 Mac 2019, Les 'Copaque Production melancarkan sebuah filem baru bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" (aka Lone Gibbon Kris) dan kami sangat terkejut dengan rating yang telah diberikan di IMDb (Internet Movie Database).

IMDb adalah pangkalan data dalam talian yang berkaitan dengan filem, program televisyen, permainan video dan sebagainya. Kebanyakan data dalam IMDb disediakan oleh penyumbang sukarela. Laman ini membolehkan pengguna berdaftar menyerahkan bahan baru dan suntingan kepada penyertaan yang sedia ada.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya mendapat rating 9.4 / 10 yang mengagumkan di IMDb hanya beberapa hari selepas pelancarannya. Ini juga bermakna bahawa, filem itu telah mengatasi Paskal sebagai filem Malaysia tertinggi dalam IMDb.


Sebelum ini, filem Paskal berjaya mendapat rating 8.8 daripada 10 bintang di IMDb tetapi selepas pemeriksaan pantas di laman web itu, kami mengetahui bahawa rating filem itu telah menurun kepada bintang 7.6 / 10.



Selain itu, filem Upin & Ipin: Keris Siamang telah menerima banyak ulasan yang baik di IMDb kerana mempunyai jalan cerita hebat serta penuh dengan dialog yang menghiburkan. Ia juga dipuji kerana menjadi filem yang padat dengan pelbagai aksi dan ada individu yang menegaskan bahawa filem itu turut memiliki soundtrack yang hebat!

Adakah anda teruja untuk menonton filem terbaru Upin & Ipin? Nah, sebelum anda pergi ke pawagam, anda boleh menonton trailer di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=lD8Z7GpR45U

Instagram Story Hacks: 2 "Trick" Yang Kita Tidak Tahu Untuk Android User


Instagram merupakan salah satu aplikasi yang terkenal pada abad ini. Seperti yang kita tahu aplikasi ini sangat terkenal kerana kita boleh kongsikan gambar , video serta melihat berita berita yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita sendiri. Instagram juga mempunyai beberapa update dan salah satu contohnya adalah "Story". 

ia merupakan di antara tempat kita mengkongsikan gambar kita namun kekal selama 24 jam dan kemudian ia terpadam secara sendiri. Namun, adakah anda tahu terdapat beberapa cara atau "Trick" yang kita boleh buat untuk menarikkan lagi Story kita di Instagram?? disini terdapat 2 trick yang anda perlu tahu.








1. Rainbow Text

Untuk melakukan "ayat pelangi" atau rainbow text, anda perlu buka story instagram anda dan kemudian guna apa apa gambar sebagai background picture. kemudian, type sesuatu pada story tersebut seperti "Selamat Pagi". seterusnya anda diminta untuk tekan text tersebut sehingga terkeluar beberapa pilihan seperti "select", "select all", "cut", "copy", dan "paste". 

Tekan select all dan secara automatik semua ayat yang anda type akan di highlight. dalam masa yang sama tekan mana-mana warna sehingga diberi pilihan warna campuran. di situ anda perlu menolak di bahagian hujung highlight ke hadapan dalam masa yang sama memilih warna yang anda inginkan. Akan terhasil Rainbow text.

ini adalah contoh.




2. "Magic" Eraser Photo

Seterusnya adalah Magic eraser photo. trick ini merupakan dimana kita megngambil gambar kita dan kemudian tekan warna serta pilih mana-mana warna yang anda suka. 

selepas itu tekan gambar pada story anda lama lama sehingga ia berubah warna. kemudian guna kan eraser dan tulis pada story tersebut.





ini adalah salah satu contoh, anda boleh buat ia lebih menarik dengan kreativiti anda. 


Terdapat beberapa lagi trick namun selebihnya hanya IOS sahaja yang dapat dilaksanakn. hal ini kerana ios mempunyai ciri-ciri seperti live photo diamana ciri-ciri tersebut tidak terdapat pada android. trick ini hanya kepada mereka yang tidak mengetahui dan kepada yang sudah tahu, tahniah! kegunaan trick ini adalah bertujuan untuk menampakkan lagi story instagram anda itu lebih menarik untuk orang ramai melihat. selamat mencuba!

Sumber ; gambar google









[K-Pop] : Blackpink Lancar Album Baru, Kill This Love, 5 April Ini


Kumpulan gadis K-pop 'BlackPink' amat dikenali menerusi lagu mereka yang bertajuk Ddu-du Ddu-du yang dilancar pada Jun tahun lalu akan mengeluarkan album baru, Kill This Love, minggu depan, kata agensi pengurusannya pada Isnin lalu.

Lisa - Jisoo - Jennie - Rose (BlackPink)
YG Entertainment, syarikat yang menguruskan kumpulan ini telah mengeluarkan poster teaser di laman web rasminya untuk EP yang akan datang dengan mengumumkan tarikh rasmi album tersebut iaitu pada 5 April 2019.

Imej itu menunjukkan ahli Thai band, Lisa, menentang latar belakang merah yang dicetak dengan tajuk album dan tarikh pelancaran dalam teks hitam.


YG berkata tajuk lagu utama album itu juga ialah Kill This Love "lagu sengit yang akan mengatasi Ddu-du Ddu-du," kata YG, merujuk kepada lagu utama BlackPink yang dilancarkan pada Jun tahun lepas.

"Koreografi untuk yang akan datang (lagu), yang direka oleh empat koreografer kelas dunia, lebih dinamik daripada yang mereka (band) telah persembahkan setakat ini," kata YG. "Ia akan memenuhi harapan dan piawaian peminat global."


Pelancaran album akan datang kira-kira seminggu lebih awal daripada penampilan BlackPink di Festival Muzik dan Seni Lembah Coachella 2019, yang dijadualkan berlangsung dari 12-21 April di California, Amerika Syarikat.

Bermula pada 17 April, kumpulan itu akan memulakan lawatan Amerika Utara, dengan lapan konsert di enam bandar raya, termasuk Los Angeles, Chicago dan Hamilton di Kanada.


Prototaip Kereta Terbang Akhirnya Dipamerkan



LANGKAWI, 27 MAC : Gembar-Gembur mengenai kereta terbang pertama Malaysia akhirnya terjawab di LIMA 2019. Namun, apa yang dipamerkan adalah mengejutkan.


Kereta terbang yang diberi nama "Vector" itu bukanlah berskala besar malah berukuran lebih kurang 1 kaki panjang dan lebarnya. Hal ini turut menimbulkan tanda tanya rakyat, adakah prototaip ini benar-benar mengambil kos RM1 juta seperti yang diumumkan oleh Kerajaan?


Selain itu, pencirian atau detail pada prototaip itu juga dilihat meragukan dengan dua figura kelihatan seperti yang dilabel oleh netizen sebagai  "permainan kanak-kanak" dan wujud 4 kipas mini yang mungkin akan membantu prototaip tersebut untuk terbang.


Pelbagai pendapat telah disuarakan oleh netizen dan rata-ratanya menyuarakan kekecewaan atas prototaip yang memakan kos RM1 juta ini.


Kelayakan Piala AFC U23 : Malaysia Tidak Layak Ke Peringkat Seterusnya



Dukacita dimaklumkan bahawa skuad kendalian Ong Kim Swee tidak dapat meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya. Hal ini adalah disebabkan daripada mata yang lebih tinggi dikumpul oleh Pasukan lain dalam kumpulan lain berbanding Malaysia. Selain itu, beza jaringan juga menjadi faktor terhadap perkara ini.


Namun, Pujian dan kredit harus diberikan kepada corak permainan Malaysia yang dilihat semakin matang dari semasa ke semasa. Harap perkara ini akan terus berterusan. Terima kasih Harimau Muda kerana menyatukan suara penyokong saentaro Malaysia. 


Terus membaham Harimau Muda, jangan ada hasrat untuk mengalah!


Kita tidak gagal bila kalah, Kita gagal bila kita menyerah kalah.

Indonesia Tuntut Popia Depan Kedutaan Malaysia



Baru-baru ini, sebuah perhimpunan telah diadakan oleh Indonesia untuk menuntut Kuih Popia sebagai warisan dan tradisi mereka. Namun, sudah menjadi kebiasaan untuk segelintir warga Indonesia terus menuntut apa sahaja agar menjadi budaya dan warisan mereka. 


Perhimpunan yang diadakan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia itu menuntut agar Popia atau juga dikenali sebagai Lunpia adalah berasal daripada Negara Garuda itu. Himpunan yang diberi nama Save Lunpia itu dihadiri oleh puluhan orang peserta.


Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah ini diambil untuk menegaskan popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia dan menghalang Malaysia dari mendakwa makanan itu berasal dari negara kita.


"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah awal agar popia tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan popia sebagai warisan budaya nasional.

"Jangan sampai popia menerima nasib seperti batik, wayang dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah pencegahan", jelasnya.

Pada pendapat Malaysia Duniaku, tidak perlu berlaku tuntutan atas perkara-perkara remeh seperti ini sedangkan terdapat pelbagai lagi perkara yang perlu diberi perhatian saentaro dunia. Sebagai contoh , saudara kita di Palestin sana. Semoga mereka diberi keamanan buat selamanya.

Kelayakan AFC U23 2019 : Malaysia Ikat China



SHAH ALAM : Malaysia mengikat China dengan keputusan seri 2-2 di stadium Shah Alam tadi selepas  perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan.


Pasukan China yang sebelum ini "makan besar" dikejutkan dengan gol pembukaan seawal minit ke 14' perlawanan hasil hantaran padu Syahmi Safari yang mengenai kaki pemain China, Zhu Chenjie yang kemudiannya termasuk ke gawang sendiri. Selang 4 minit kemudian, pasukan China pula menerjah gawang Malaysia dengan tandukan pemain berjersi nombor 9, Zhang Yuning.


Tamat separuh masa pertama, pada minit ke-54 Malaysia kemudiannya menjaringkan gol pendahuluan dengan tindakan bijak diambil oleh Danial Haqim yang menendang masuk bola yang tidak dikawal kemas oleh Penjaga gol China.


Pada akhir perlawanan iaitu minit ke-83, Malaysia memilih jalan susah apabila tandukan Jiang Shenglong menewaskan Haziq Nadzli yang sebelumnya bertindak kemas menangkap percubaan-percubaan China.


Apapun, pujian harus diberikan kepada Skuad Harimau Muda atas kesungguhan, kredibiliti dan potensi sebenar yang ditunjukkan pada malam ini. Mari kita doakan agar Malaysia layak ke 16 pasukan terbaik untuk meneruskan perjalanan merebut Piala AFC U23 bagi tahun 2019.



[Terkini] : Gaza diserang lagi dan Hak Pemilikan Bukit Golan


Serangan roket Rejim Zionis ke atas Gaza


DALAM tempoh 24 jam sahaja, ada dua tragedi besar yang menimpa umat Islam: pertama ialah kepungan dan pengeboman besar-besaran Zionis Israel di Gaza bertujuan membunuh seluruh pemimpin Hamas Palestin secara total. Tragedi kedua ialah pengiktirafan Amerika bahawa Bukit Golan yang dijajah Zionis dari Syria kini milik Israel.

2. Tarikh 25 Mac 2019 menjadi saksi betapa bumi Gaza kembali dihujani bom Israel – serentak dengan keangkuhan Presiden Amerika Donald Trump menandatangani pengisytiharan Bukit Golan sebagai milik negara haram Zionis itu. Majlis menandatangani pengiktirafan haram ini tentulah turut dihadiri Perdana Menteri Israel Netanyahu.

3. Langkah hina ini menyamai tindakan Trump sebelum ini yang mengiktiraf Baitulmaqdis – tempat suci ketiga umat Islam – sebagai ibu negara haram Israel pada Disember 2017. Seperti mana status Baitulmaqdis yang pada hakikatnya dijajah oleh Israel, begitulah juga dengan Bukit Golan.

4. Jika Baitulmaqdis dijajah secara berperingkat-peringkat oleh Israel melalui Perang 1948 dan kemudiannya melalui Perang Enam Hari 1967, Bukit Golan pula dirampas dari Syria dalam Perang Enam Hari 1967 dan dipertahankan melalui Perang Ramadan (atau Perang Yom Kippur) 1973. Sejak 1981, Israel meluaskan pendudukan haram mereka di sana meski pun dikecam masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi Majlis Keselamatan 497 dan Resolusi 242.

5. Resolusi Majlis Keselamatan 497 jelas menyatakan bahawa ‘keputusan Israel untuk melaksanakan undang-undang, bidang kuasa, dan pentadbiran di wilayah Bukit Golan milik Syria yang diduduki adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa’.

6. Resolusi Majlis Keselamatan 242 pula memberi garis panduan jelas bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan.

7. Hakikatnya, Amerika jelas hipokrit apabila mereka dahulu berdegar-degar menentang tindakan Rusia mengambil alih wilayah Crimea pada 2014 – meski pun ia disokong sebulat suara melalui referendum warga Crimea sendiri dan juga latar sejarah Kesatuan Soviet dahulu.

8. Pentadbiran Donald Trump juga hipokrit apabila bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan Taiwan daripada ancaman penjajahan China; beliau sebaliknya berlindung di sebalik alasan yang tidak masuk akal apabila menandatangani perisytiharan Bukit Golan sebagai milik Israel.

9. Donald Trump menggunakan alasan kononnya Bukit Golan bakal menjadi sasaran untuk melancarkan serangan ganas – contohnya dari Iran, pengganas di selatan Syria, dan Hezbollah – ke atas Israel.

10. Syria yang baru sahaja dalam proses pemulihan pasca-ISIS tentu sahaja tidak akan berdiam diri dengan perisytiharan ini; Damsyik menyifatkan tindakan Trump ini sebagai ‘serangan ke atas kedaulatan dan integriti wilayah Syria’ lalu menjadikan Amerika sebagai musuh seluruh orang Arab.

11. Hampir serentak dengan perisytiharan Trump yang disaksikan Benjamin Netanyahu di Washington, Israel telah melancarkan serangan roket dan bom bertubi-tubi ke atas bangunan yang dituduh IDF sebagai pejabat Ismail Haniyeh di kejiranan Rimal, Gaza.

12. Serangan ini disifatkan Netanyahu sebagai tindak balas kepada serangan roket yang dituduh dari Hamas di Tel Aviv – sebaliknya Hamas menafikan tuduhan ini. Lebih melampau, rejim Zionis kini telah memulakan operasi pembunuhan para pemimpin Hamas di seluruh Gaza.

13. Secara tersiratnya, Netanyahu sebenarnya bakal berdepan pilihan raya Israel pada 9 April ini, dan beliau dicabar sengit bekas jeneral IDF Benny Gantz. Buat pertama kalinya, tinjauan pada awal Mac menunjukkan bahawa Benny Gantz kini mendahului Netanyahu.

14. Donald Trump pula baru sahaja ‘bebas’ daripada hambatan kontroversi campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden Amerika 2016. Ringkasan laporan siasatan Robert Mueller menyaksikan Trump diputuskan AG sebagai tidak berkomplot dengan Rusia sewaktu kempen untuk mensabotaj calon Demokrat ketika itu, Hillary Clinton.

15. Keputusan terkini ini tentulah melegakan Trump – namun ia tetap boleh menjadi motivasi besar sewaktu beliau mengumumkan hasrat untuk mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel beberapa hari lalu.

16. Saat ini, tidak kira berapa banyak sekali pun kecaman demi kecaman dilaungkan terhadap Israel dan Amerika Syarikat, kedua-dua negara ini jelas sekali membakul sampah segala undang-undang antarabangsa mahu pun piawaian hak asasi manusia.

17. Dalam kalangan pemimpin Dunia Islam pula, mereka lebih mengutamakan peperangan sesama sendiri seperti di Yaman sejak 2015 dan juga pemulauan Qatar sejak 2017. Mesir pasca-Ikhwan Muslimin pula ibarat singa yang tidak lagi bergigi – sekadar menjadi pemerhati tatkala saudara dan jiran mereka di Gaza dibom Zionis.

18. Meskipun negara-negara Arab semakin hampir untuk memiliki kerangka pakatan ketenteraan ala-NATO Arab (Middle East Strategic Alliance MESA), hampir mustahil pakatan itu nanti dijadikan sandaran tekanan apatah lagi dikerahkan untuk melindungi saudara mereka di Gaza mahu pun kedaulatan wilayah Bukit Golan daripada terus dijajah Zionis.

19. Sesungguhnya, tidak wajar kita memandang rendah keupayaan Hamas melindungi diri mereka dengan izin Allah s.w.t. Al-Quran sendiri telah mencatatkan bagaimana kisah Nabi Daud a.s. menewaskan Jalut (Goliath) yang lebih perkasa. Telah tercatat dalam Sirah bagaimana angkatan tentera Islam yang bersaiz lebih kecil berjaya memenangi Perang Badar. Sejarah sendiri membuktikan bagaimana Hamas berulang kali berjaya menahan dan menangkis serangan yang dilancarkan Zionis Israel sebelum ini.

Ya ALLAH, lindungilah Hamas. Lindungilah Gaza. Lindungilah Bukit Golan. Peliharakanlah kami umat di akhir zaman.

**Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Trump (Kiri) , Netanyahu (Tengah)


Bukit Golan


Sumber :  https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/20205

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Muda Atasi Laos



SHAH ALAM : Harimau Muda di bawah kendalian Ong Kim Swee berjaya mengatasi Laos dengan perlawanan yang berakhir tepat pada jam 10.35 malam tadi.


Gol sulung perlawanan dijaringkan oleh Safawi Rashid di minit-minit akhir perlawanan. Sepakan percuma yang melencong cantik, terkena tiang dan terpantul oleh Penjaga Gol Laos telah berjaya memasuki gawang Pasukan Laos.


Namun, permainan Harimau Muda pada malam ini dilihat sedikit kelam-kabut dengan banyak hantaran-hantaran tidak tepat kepada sasaran walaupun banyak peluang dihasilkan oleh pasukan Malaysia yang hampir-hampir mencatat jaringan.


Harimau Muda akan menentang pasukan China selepas ini yang dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik yang pastinya akan menguji kebolehan dan taring sebenar Harimau Muda.


Adalah diharapkan pasukan Malaysia dapat memperbaiki segala kelompangan dan kegoyahan permainan dan memberi sepenuh komitmen dan fokus kepada perlawanan seterusnya.


Semoga berjaya, Harimau Malaya

Airmarine Cup 2019 : Malaysia ke-3




BUKIT JALIL : Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akhirnya menunjukkan kebolehan yang sebenar apabila berjaya menundukkan Afghanistan dengan keputusan 2-1 petang tadi. Hal ini sekaligus menjadikan Malaysia pemenang tempat ke-3 bagi edisi ini.



Skuad yang sama sebelum ini dilihat longlai dan hilang taringnya apabila ditundukkan oleh Singapura akibat kelalaian barisan pertahanan mengawal pemain muda lincah Singapura, Faris Ramli. Namun, pada perlawanan petang tadi, ternyata Skuad Malaysia lebih fokus dan kreatif mencipta peluang jaringan. Hal ini dibuktikan dengan statistik menunjukkan 13 percubaan dihasilkan dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat. 

Pemain bertubuh kecil, Faiz Nasir nyata persis dengan peribahasa Melayu, "Kecil-kecil cili padi" apabila meledak gol cantik dengan tendangan deras tepat ke penjuru kiri gol Afghanistan. Sebelum itu, pemain Afghanistan, Faisal Sayestesh juga meledak gol cantik dengan sepakan lencong yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat atau gelarannya Apek.


Gol kemenangan pula adalah hasil kesilapan pemain pertahanan Afghanistan yang menendang masuk bola hasil hantaran lencong Matthew Davies yang mengelirukan pemain lawan.

Kemenangan ini hanyalah suatu permulaan kepada perjuangan yang masih sangat panjang, konsistensi dan fokus perlu ditingkatkan dalam diri pemain agar tidak timbul tenggelam sebaliknya terus berprestasi cemerlang. Apapun, tahniah diucapkan kepada pemain dan semua pihak yang terlibat.

Ayuh, Harimau Malaya, kita robek Asia!

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Malaya baham Filipina


SHAH ALAM : Skuad kendalian Ong Kim Swee yang diperkuat dengan gabungan bekas pemain daripada Piala AFF Suzuki, telah berjaya mengalahkan Pasukan Filipina di tempat sendiri.

Harimau Malaya berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 0 dan 2 daripada gol tersebut dijaringkan oleh pemain dengan tag '12 juta' , Akhyar Rashid. Manakala, satu gol lagi dijaringkan oleh pemain gantian lincah, Faisal Halim atau gelarannya Mickey.

Gawang Filipina dirobek seawal minit ke-3 dengan sepakan deras daripada Akhyar Rashid hasil hantaran daripada Syahmi Safari. Kemudiannya , selepas asakan demi asakan, pada minit ke-30, Akhyar dengan bergaya menjaringkan sebuah lagi gol dengan teknik "Back heel" selepas bola tersebut gagal dikawal kemas oleh Syamer Kutty Abba. Manakala gol ke-3 dijaringkan Faisal Halim dengan gelecekan dan skill individu yang menarik yang berjaya menewaskan penjaga gol Filipina, Michael Asong pada minit ke-80.

Semestinya kejayaan ini akan menjadi penanda aras kepada skuad Ong Kim Swee kerana mereka akan bertemu dengan pasukan Laos, yang sebelum ini diratah China dengan keputusan 5-0. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada Ahad, 24 Mac 2019, dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

Adalah diharapkan bahawa Harimau Malaya tidak alpa dengan kemenangan ini sebaliknya terus cakna dan bersedia menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Selamat berjuang!

Serangan di New Zealand, Mufti Gesa PUBG Diharamkan, Syed Saddiq Kata Tiada Kaitan


Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan insiden berdarah di masjid Christchurch, New Zealand berikutan serangan terhadap sebuah masjid yang mengakibatkan berpuluh-puluh Muslim meninggal dunia dan tercedera.

Suspek utama (Brenton Tarrant) yang kini telah ditahan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia telah membuat live (liputan secara langsung) di Facebook miliknya ketika dia melakukan serangan. Menerusi video itu, rakaman disiarkan melalui kamera badan daripada perspektif point-of-view dan digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan PlayerUnknown's Battleground (PUBG).

Haramkan PUBG : Mufti

Susulan daripada serangan tersebut, Mufti kerajaan Negeri Sembilan telah menggesa pihak kerajaan untuk mengharamkan permainan video berkenaan. Permainan itu dilihat mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan, kata Datuk Mohd Yusof Ahmad (Mufti Negeri Sembilan).

Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam ia bukan perkara baik tambahan pula boleh dimainkan sesiapa menggunakan komputer riba dan telefon bimbit.
Sebagai kerajaan, perhatikanlah baik dan buruk dan sebagai Menteri fikirlah adakah ia sesuai dijadikan sukan E-Sport” katanya.
“Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas” 

Walaubagaimanpun, kenyataan tersebut telah dijawab oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

“Percayalah ada atau tidak games (permainan berunsur penembakan dalam talian), kalau orang (suspek) dah ada fahaman exterisme… mereka akan buat dan lakukan keganasan itu,” -katanya.

Syed Saddiq berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau telah memberi penjelasan penuh di Instagram (@syedsaddiq) berikutan kenyataan tidak setuju mengenai pengharaman PUBG. 

''Kita perlu memastikan anak muda kita tidak ketagih untuk main game dan pada masa sama, kalau ada unsur keganasan yang agak jelas, kita hanya benarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk bermain game tersebut,"






5 Telefon Pintar harga bawah RM1000!

KEK BATIK MUDAH CIK PUAN SEDAPP !


                                     Image result for kek batik


bahan-bahan
 - Milo ( pek kecil 200g)
- buttercup ( saya x pakai semua , pakai separuh ja)
- 1 tin susu pekat
- serbuk koko
- coklat cadbury
- biskut mariee



cara membuat:-

- cairkan buttercup tadi ( separuh pun boleh)
- masukkan susu pekat sikit demi sikit ( jangan masukkan 1 tin susu  nanti manis habis kencing manis ahahaha )
- tuangkan Milo tersebut perlahan2 (takut nanti susah nak gaul)
- kemudian , gaulkan hingga sebati.
- masukkan 2 atau 3 baris coklat cadbury ke dalam adunan tersebut dan gaul hingga sebati.
-masukkan biskut Marie ( kalau adunan coklat tu banyak , 1 pek biskut marie pun boleh, tapi saya selalunya masukkan biskut tu separuh ja heheh ) Patah2 kan biskut menjadi 2 bahagian.

#tambahan:-

- kalau telebih rajin , cairkan coklat cadbury ( didihkan air panas , kemudian tuangkan kedalam 1 bekas dan cairkan coklat tersebut . oh iya, jangan didihkan dkat api)
- letakkan coklat yang tersebut di atas kek batik yang sudah selesai di susun.


SIAP !😍😎



resepi kek batik sukatan cawan

sumber: gambar google

kek batik telah pun siappppp :D

SELAMAT MENCUBA !💗😋😊

Keputusan SPM 2018 Pada 14 Mac


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan 14 Mac ini. 

 Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.


Keputusan SPM calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.


Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888 atau laman sesawang sppat.moe.gov.my/semakan yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 20 Mac

Sumber: Berita HarianAstro Awani

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.