Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ngeri!! Nak Cantik Punya Pasal, Akhirnya Wajah Model Ini Cacat Kekal!



GARA-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok.


Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.


Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.



Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.


Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan.



Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya.


Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya.



Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.


Pada September 2011, seorang warga emas, Janet Hardt dari Illinois, Amerika Syarikat, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.


Pihak berkuasa Illinois mengesahkan, kematian Hardt berpunca daripada lemak lembu berkenaan.


Mengikut pandangan Islam


Pembedahan plastik wajib dilakukan apabila pembedahan tersebut bertujuan menutup luka, memperbaiki bekas luka parah, menampal kulit kesan terbakar yang sangat parah terutama membabitkan wajah dan bahagian yang biasanya dapat dilihat.


Antara contoh yang dibolehkan untuk melakukan pembedahan adalah seperti menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, lebihan daging dan sebagainya.


Sementara itu, prosedur dikatakan haram adalah perbuatan mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti mengubah alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan lain-lain.


Firman ALLAH SWT: “Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana,” “Janganlah kita mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,”


“Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka dan sungguh aku mahu menguasai mereka. Aku akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT (mengada-adakan upacara ibadat).´


Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada ALLAH SWT, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali,” Surah Al-Imran dan An-Nisa’.


Sumber: katakpisang.com

'Isteri Korbankan Minat Dan Harta Yang Dia Sayangi Demi Bantu Keluarga'



Bermula dari minat, bertukar menjadi 'kegilaan' apabila lelaki ini sanggup menghadiahkan isterinya 20 helai tudung berjenama setiap bulan. Hati isteri mana yang tak gembira dapat hadiah seperti itu. Namun, dugaan datang tanpa diduga di mana mereka mengalami masalah kewangan.


Tidak sanggup melihat keluarga dilanda masalah seperti itu, isteri lelaki ini mengambil keputusan untuk mengorbankan minat dan hartanya yang disayanginya itu dengan menjual tudung-tudung yang dibeli suaminya. .


"Betullah apa yang dikata, pelaburan yang paling berbaloi ialah pelaburan kepada isteri dan keluarga.".


SEMALAM teringat kegilaan saya buat isteri saya dua tahun yang lalu..


Di tempat kerja saya, ada beberapa orang yang minat dengan tudung ini. Masa itu, saya tak tahu tudung apa pun. Tapi seronok tengok diorang dok kumpul order tiap-tiap bulan. Selepas itu diorang akan berpakat untuk pakai tudung corak yang sama setiap hari..


Masa itu saya terbayang, "alangkah seronoknya kalau isteri aku dapat pakai tudung cantik macam nie.".


Sejak dari hari itu saya mula bertanya-tanya mengenai tudung ini dengan rakan sekerja. Barulah saya tahu tentang jenama dan label-label serta corak-corak yang hot tudung ini. Bila balik rumah, saya bercerita dengan bersungguh-sungguh pada isteri. Dia pun dari tak pernah dengar, terus jadi minat. Dari situ kami mula study dan menyedari tentang nilai tudung yang boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada corak yang terkenal..


Disebabkan baru berjinak-jinak, saya fokus pada corak yang hot tetapi tidak mahal. Seminggu sebelum hari lahir isteri, saya mulakan proses 'hunting' di group tudung tersebut. Ramai seller yang memanggil saya "sis" dan terkejut serta terharu apabila mengetahui yang saya sedang hunting untuk isteri..



Hasilnya, tepat pada hari kelahiran isteri, saya hadiahkan beliau 20 helai tudung Aidijuma yang termampu saya hunt. Perkara ini saya dedahkan di dalam group tudung tersebut dan buat pertama kali dalam hidup, posting saya mencecah seribu likes..


Ramai yang teruja dan terharu dengan apa yang saya lakukan untuk isteri, memandangkan ahli-ahli di dalam group itu pun memang mempunyai minat yang sama. Tetapi kegilaan saya tidak terhenti di situ, saya seperti terjebak di dalam mengumpul tudung AJ dengan corak-corak hot yang lain. Termasuklah pembelian corak baru setiap bulan. Sehinggalah jumlah tudung yang dibeli mencecah lebih dari seratus helai beberapa bulan selepas itu..



Setiap kali isteri saya pakai, saya rasa berbangga kerana saya berjaya menghias isteri saya dengan cantik walaupun beliau tidak bekerja. Bagi saya ianya satu kejayaan yang baik bagi seorang suami. Saya sendiri seronok bila isteri suka bergambar dengan tudung-tudung yang berlainan corak..


Namun, mungkin telah ditakdirkan. Tudung-tudung ini menjadi aset untuk kami selepas pembelian rumah sendiri setahun selepas itu. Kami telah menghabiskan segalanya untuk proses pembelian dan kemasukan rumah sehinggakan kami hampir putus sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan kelahiran anak kedua kami..


Pada masa itulah, isteri saya mengorbankan minat dan harta yang antara beliau paling sayangi iaitu tudung-tudung yang saya belikan untuknya. Tetapi jujur saya katakan, saya yang lebih sedih dari isteri. Kerana selama berbulan-bulan lamanya kami mengumpul koleksi sehingga saya menjadi terkenal di group tudung yang hampir kesemuanya dipenuhi oleh wanita..



Alhamdulillah, disebabkan nilai tudung yang hampir kesemuanya tidak turun dari harga asal walaupun yang "preloved" malah ada yang berganda-ganda harganya, kami dapat menampung perbelanjaan hidup kami pada ketika itu..


Selepas kehidupan kami kembali stabil, isteri saya Nora Azni mengambil keputusan untuk menghadiahkan tudung-tudung yang tidak terjual kepada saudara-mara dan rakan-rakan beliau di Facebook. Perasaan seronok apabila kita memberi adalah satu perasaan yang sangat istimewa bagi kami. Yang tinggal hanya beberapa helai yang paling beliau minati. Itulah yang menjadi kenangan kegilaan kami yang paling manis..


Betullah apa yang dikata, pelaburan yang paling berbaloi ialah pelaburan kepada isteri dan keluarga. Kerana ia telah terbukti akhirnya dapat membantu keluarga kami di saat yang paling kami perlukan di samping dapat menggembirakan hati isteri..


Semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca..


Sumber: BroOhsem, Akhtar Syamir, The Reporter

Inilah 4 Pekerjaan Yang Paling Teruk Di Dunia, Nombor 1 Paling Mencabar!



Jika sebelum ini iluminasi.com berkongsi dengan anda senarai kerja paling stress, kerja paling pelik, kerja paling berbahaya dan kerja yang paling menggemukkan badan, namun kali ini kami ingin berkongsi senarai pekerjaan yang paling teruk di dunia.


Mungkin terdapat lagi pekerjaan yang lebih teruk namun bagi iluminasi.com ini adalah 5 yang paling teruk di antara yang paling teruk di dunia.


4. Penyelidik nyamuk Brazil



Bagi penyelidik-penyelidik yang berusaha membanteras malaria, mereka perlu mengkaji tabiat gigitan nyamuk yang menyebarkan penyakit tersebut. Seperti di Afrika, nyamuk-nyamuk tersebut tertarik dengan perangkap yang menggunakan cahaya atau angin, namun di Brazil, teknik itu tidak berkesan kepada nyamuk yang bijak iaitu spesis Anopheles Darlingi.


Nyamuk ini hanya akan datang jika diletakkan umpan, dan biasanya umpan tersebut adalah manusia, iaitu penyelidik itu sendiri. Saintis tersebut akan keluar pada waktu petang di mana nyamuk menjadi aktif dan duduk di dalam kelambu yang dibiarkan sedikit terbuka di bahagian bawahnya.


Nyamuk yang bijak ini kemudiannya masuk menggunakan ruang di yang terbuka di bawah dan mula mencari makanannya. Apabila nyamuk ini mula menghisap darah, saintis tersebut akan menggunakan sebuah bekas dan memerangkap nyamuk tersebut.


Saintis veteran, Helge Zieler mengorbankan dirinya untuk sains 2 kali seminggu, dan beliau pernah menangkap 500 ekor nyamuk hanya dalaam masa 3 jam. Kesan daripada itu, beliau menerima hampir 3,000 gigitan.


Beliau pernah dijangkiti malaria disebabkan kerja ini. Walaupun mengambil ubat prophylactic chloroquine, Helge mengambil masa 2 tahun untuk pulih daripada malaria.


3. Pengawal kualiti makanan kucing



Bagi mereka yang pencinta kucing, belum tentu sanggup bekerja sebagai pengawal kualiti makanan kucing. Seorang warga Britain, Jon Hanson yang merupakan pekerja dalam bidang ini, memberitahu bahawa ia adalah kerja yang paling teruk dalam hidupnya.


Kerja nya bunyi macam mudah, tapi apabila melaluinya, tiada siapaa yang tahu. Tugas pertama adalah membenamkan muka ke dalam bekas yang dipenuhi makanan kucing dan menghidu makanan tersebut. Ia bertujuan memastikan makanan tersebut masih segar. Kalau segar tak mengapa, kalau tak segar? Muntahlah jawabnya.


Tugas kedua adalah memasukkan lengan ke dalam makanan dan meraba mencari ketulan tulang lalu dikeluarkan. Bagi mereka yang sensitif, baca artikel ini pun boleh termuntah.


2. Tukang bersih pembetung



Antara kerja yang paling memerlukan ketahanan mental yang paling tinggi di dunia. Kerja membersih pembetung bukanlah kerja yang boleh diguraukan, kerana ia sangat-sangat mencabar.


Seperti Ramesh Sahu dalam gambar di atas, beliau merupakan pekerja di jabatan sanitasi di Calcutta, India yang bertanggungjawab dalam mencuci dan membersihkan serta mengeluarkan muatan pembetung di bandar tersebut. Biasanya Rakesh akan duduk di dalam lubang pembetung, 7 kaki di bawah tanah dan mencedok segala sisa buangan manusia dan apa sahaja yang ada di dalamnya.


Berbekalkan cangkul, Rakesh akan cecair likat seakan lumpur daripada pembetung dan memasukkan ke dalam baldi. Bayangkan anda terpaksa mencedok dan menghidu kotoran termasuk tahi dan air kencing orang satu bandar.


Euw! Kotoran yang sangat busuk terpercik ke atas badan Rakesh tatkala mengangkat baldi tersebut dan diberikan kepada pekerja yang berada di atas. Lebih teruk, kerja yang telah dilakukan oleh Rakesh selama 10 tahun ini hanya dibayar RM450 sebulan.


1. Tukang onani haiwan



Baca nama pekerjaan ini pun sudah tepuk dahi, belum buat lagi. Bagi saintis yang ingin melakukan kajian terhadap tahap kesuburan haiwan atau persemanian buatan, mereka memerlukan sperma haiwan tersebut.


Dan bagi mendapatka sperma, mereka mempunyai 3 pilihan, sama ada memasukkan jarum elektrik ke dalam dubur haiwan, menggunakan faraj buatan, atau melakukan cara tradisional, iaitu onani haiwan tersebut.


Bagi melakukan tugas ini, pekerja tersebut mestilah terlatih. Ia biasanya dilakukan terhadap lembu tenusu yang dianggap sebagai lembu yang paling berbahaya.


Terlebih dahulu, lembu tersebut akan melalui proses menaikkan syahwatnya, dan ketika ia sudah bersedia, pekerja yang sangat berani ini perlu masuk ke bawah celah kangkang lembu ini dan memasukkan zakar lembut tersebut ke dalam faraj buatan. Pekerja ini perlu memegang “gajet” tersebut dengan sekuat-kuatnya ketika lembu tersebut sampai ke kemuncak.


Bagi menjaga keselamatan pekerja yang berani ini, 3 orang pekerja lain dipasangkan tali pada badan mereka dan diikat pada hidung lembu tersebut, jika berlaku kecemasan, mereka akan menarik tali tersebut. Namun, ramai yang telah dihantar ke hospital disebabkan pekerjaan ini. Bukan sahaja menjijikkan, malah merbahaya!


Sumber: katakpisang.com

Senarai Tragedi Runtuhan Bangunan Di Malaysia Yang Dahsyat Dan Menggemparkan!



Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dengan pembinaan bangunan pencakar langit, pusat beli-belah dan jalan raya yang semakin giat dijalankan. Namun, terdapat beberapa peristiwa runtuhan bangunan yang sukar dilupakan dalam lipatan sejarah negara kita. Ayuh, kami senaraikan 6 tragedi runtuhan bangunan yang bukan sahaja merugikan wang ringgit, tetapi apa yang lebih penting meragut nyawa insan yang tak berdosa.


5. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Jun 2009 & Februari 2013)



Pada 2 Jun 2009, sebahagian bumbung utama stadium ini runtuh. Akibatnya, hampir 50% daripada strukturnya musnah dan terpaksa ditutup untuk kerja pembersihan serta baik pulih.


Antara punca keruntuhan ini ialah penggunaan bahan binaan dan kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi semasa pembinaannya. Siasatan lain membongkarkan reka bentuk bumbung yang tidak memadai serta kawalan kualiti juga tidak dilaksanakan di tapak projek.


Pada 20 Februari 2013, bumbung Stadium Sultan Mizan yang masih dalam proses pembaikan runtuh buat kali kedua. Kejadian itu mencederakan 5 orang pekerja tempatan. Runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur besi bumbung tersebut yang dianggarkan sepanjang 137 meter.


Kos pembinaan stadium ini adalah sebanyak RM292.9 juta dan siap dibina pada Mei 2008. Proses pembaikpulihan stadium itu dilaporkan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM15 juta.


4. Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jun 2013)



Tanggal 6 Jun 2013, sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang masih dalam binaan telah runtuh. Bahagian sepanjang 30 meter itu runtuh dan menghempap sebuah kereta.


Kejadian itu meragut nyawa 4 orang yang dipercayai berada dalam kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur itu.


Majlis pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14.


Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.


3. Jaya Supermarket (Mei 2009)



Bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14/20, Petaling Jaya di negeri Selangor tiba-tiba runtuh pada 28 Mei 2009, sekitar pukul 5.00 petang sebelum sempat dirobohkan secara sempurna.


Ketika itu, terdapat 5 jentera berat di bangunan setinggi 6 tingkat berkenaan. Para pekerja yang terlibat telah memulakan kerja meruntuhkan bangunan itu sejak 20 hari sebelum kejadian malang tersebut berlaku.


Struktur bangunan yang runtuh itu adalah satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.


Pasukan penyelamat telah menemui 7 mayat. Antaranya terperangkap di tingkat bawah tempat letak kereta dan tertimbus di bawah jengkaut yang dipandunya. Seramai 2 orang pekerja cedera manakala 4 lagi terperangkap di dalam runtuhan bangunan.


Namun, pusat beli-belah itu memasuki episod baru apabila ia kini kembali dibuka dengan nama baru iaitu “Jaya Shopping Centre” sejak April 2014. Malah, ia menyaksikan kepulangan 30% penyewa lama ketika era kemasyhuran Jaya Supermarket sekitar tahun 1980-an.‬


2. Jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim (1988)



Pada 31 Julai 1988, Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Tragedi yang berlaku sekitar pukul 4.40 petang itu membunuh seramai 32 orang, sementara 1,674 orang lagi cedera.


Tragedi ini berpunca daripada kesesakan teruk di pangkalan ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown yang diadakan 60 tahun sekali dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam.


Berlaku pada waktu hujung minggu, Jambatan Pulau Pinang tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan awam. Perkara sama juga dengan Pangkalan Sultan Abdul Halim yang tidak mampu menampung ‘serbuan’ ribuan penumpang.


Pelantar feri tiba-tiba patah dan lantai papan turut roboh sebaik penumpang melaluinya. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.


1. Highland Towers (Disember 1993)



Siapa boleh melupakan sejarah hitam terburuk negara iaitu Highland Towers, bangunan yang dahulunya tersergam indah di Taman Hillview, Hulu Kelang? Pada 11 Disember 1993, Blok 1 kondominium setinggi 12 tingkat itu tumbang menyembah bumi sekelip mata selepas 15 tahun ianya siap dibina, sekaligus meragut 48 nyawa.


Seramai 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn dikerahkan bagi membantu mencari mangsa. Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam.


Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni sebulan sebelum runtuhan tersebut berlaku. Malah, pelukis pelan Highland Towers dikatakan tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat.


Biarpun sudah hampir 24 tahun tragedi ngeri ini berlaku, sehingga kini ia tertulis sebagai sejarah terburuk dalam pembinaan negara.


Sumber: islamagamaku.net

[14 Foto] Pelik Tapi Benar!! Inilah Lelaki Pertama Di Dunia Yang Berjaya Lahirkan Bayi Secara Normal?



Bila kita mendengar lelaki mengandung dan melahirkan, mungkin kita akan kata ia adalah satu cerita yang tidak munasabah, namun, hakikatnya, seorang lelaki, Thomas, 38, bukan sahaja pernah mengandung dan melahirkan seorang anak, malah pernah melahir tiga orang anak.


Lelaki ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang wanita namun menukar imejnya untuk menjadi lelaki ketika dia berusia 20 tahun kerana merasakan dia adalah lelaki yang terperangkap di dalam badan wanita.


Bagaimanapun, dia tidak menjalani proses terakhir yang dilakukan oleh mereka yang mahu menukar jantina daripada wanita kepada lelaki iaitu histerektomi (membuang rahim) kerana mungkin mahukan anak satu hari nanti.


Thomas telah berkahwin dengan seorang wanita bernamaNancy. Bagaimanapun, Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah membuang rahimnya ketika berusia 28 kerana menghidap endometriosis.


Kini mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Susan, 3, Austin, 2, dan Jensen, 1.


Ketiga-tiga anak Thomas itu adalah hasil sperma yang didermakan oleh seorang individu yang sama dengan menggunakan telur Thomas.


Difahamkan selain Thomas sekurang-kurangnya ada lima‘lelaki’ lain pernah mengandung dan melahirkan menggunakan cara yang sama.


Walaupun Thomas merupakan lelaki yang sah dari segi undang-undang, namun dia tidak boleh meletakkan tarafnya sebagai ‘bapa’ di dalam sijil kelahiran anak-anaknya.


“Ia menjadi keliru apabila pada satu ketika mereka meletakkan Nancy sebagai bapa dan saya sebagai ibu kerana saya yang melahirkan mereka.


‘Pihak berkuasa mahu meletakkan saya sebagai ‘parent and parent’ dalam sijil kelahiran mereka sepertimana perkahwinan sesama jenis yang lain tetapi saya tidak mahu.


“Dan akhirnya kami membuat keputusan untuk mengambil ketiga2 anak-anak saya sebagai anak angkat mengikut prosedur undang-undang,” katanya.















Foto terakhir ada Thomas sebelum dia bertukar menjadi lelaki


Sumber: Gelakhati

Gaya Rambut Timbalan Datuk Bandar Pasha Penyanyi Kumpulan Ungu Dikritik Kerana Tidak Melambangkan Imej Pemimpin



Timbalan Datuk Bandar Palu, Sigit Purnamo atau lebih dikenali sebagai Pasha (Ungu) adalah salah seorang ahli politik yang paling terkenal di Indonesia, terutamanya kerana kerjayanya masa lalu sebagai penyanyi utama kumpulan pop rock Ungu.


Walaupun sudah bergelar ahli politik, ternyata Pasha tidak sepenuhnya dapat 'lari' daripada dunianya terdahulu, termasuklah dari segi gaya rambutnya.


Akaun instagram rancangan bual bicara popular di Indonesia, Mata Najwa telah memuat naik posting mempromosikan episod mereka yang mana beberapa pemuzik, termasuk Pasha telah dijemput untuk berbincang tentang politik.


Walau bagaimanapun, netizen tertumpu kepada gaya baharu Pasha yang 'hipster' sambil memakai pakaian seragam kakitangan awam.


Rata-rata mereka mengkritik tocang kecilnya itu dengan mengatakan ia tidak sesuai dengan imej seorang pegawai kerajaan.



Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang mengawal pentadbiran pemerintahan daerah, dilihat bersetuju dengan penilaian yang dilakukan orang awam terhadap Pasha.


"Secara etika, ada peraturan untuk berpakaian kemas sewaktu memakai pakaian seragam rasmi. Biasanya (rambut Pasha) tidak bertentangan dengan undang-undang, ia hanya melanggar etika tata cara berpakaian," kata Ketua Fasilitas Daerah di bawah Kementerian Dalam Negeri, Akmal Malik, memetik Detik.


"Kita akan tegur, ingatkan dulu, kerana itu sifatnya administratif," katanya.


Pasha belum membuat apa-apa kenyataan tentang gaya rambutnya, termasuk sama ada dia mahu atau telah mengubah apa yang dilakukannya berikutan kontroversi ini.



Ini bukan kali pertama bekas bintang pop ini mencetuskan kontroversi kerana penampilannya.


Tidak lama dulu, selepas dipilih sebagai Timbalan Datuk Bandar (Wakil Wali Kota) Palu, Sulawesi Utara pada 2016, dia dikritik kerana memakai jeans dan jaket bersama pingat polis dan tentera ketika bertugas, yang mana dia mencabar sesiapa sahaja yang membentangkan bukti menyatakan pakaiannya menyalahi undang-undang.


Kontroversi lain temasuklah bersama dengan kumpulannya di pentas sambil memakai seragam kakitangan awam.


Bagaimanapun, dia tidak dikenakan tindakan kerana mendapat kebenaran bosnya, selain membuat persembahan bersama Ungu di Singapura, juga tidak dihukum kerana pertunjukan itu berlangsung pada hujung minggu.


Sumber: Penmerahpress

'Ayah Bagi Adik Main Handphone Dan Dibelakang Adik Ayah Cabul Dan Rogol Saya'



Alangkah sakitnya hati membaca kisah hitam yang menimpa remaja perempuan ini. Seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anaknya sanggup mencabul dan merogol beberapa anak perempuannya.


Menurut mangsa, pernah dia mengadukan perkara itu kepada ibunya. Malangnya si ibu enggan ambil peduli. Kakak mangsa yang juga menjadi mangsa nafsu serakah si bapa juga tidak berani melaporkan perbuatan bapanya itu kerana bimbang siapa yang akan menyara keluarganya sekiranya lelaki itu ditangkap.


Namun mangsa nekad, ceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada Syed Azmi.


"Ayah pass phone dia pada adik. Adik ambil handphone dan main handphone. Di belakang adik, ayah mencabul dan merogol saya."


Walaupun ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tapi kalau dah keadaan seperti ini berlarutan selama lima tahun dan bila mengadu dengan mak, mak tak endah, cakap dengan cikgu, cikgu pula takut nak masuk campur. Akhirnya main di depan adik-beradik empat orang pun dah tak ada perasaan dah. Tetapi ia menyakitkan anak ini, silap-silap semua anak-anak ini.


Sewaktu masuk sekolah menengah baru-baru ini, remaja ini cuba memberitahu kejadian itu kepada gurunya dan gurunya menghubungi saya. Selepas beberapa jam memandu, saya tiba di sekolah tersebut dan bertemu dengan remaja berkenaan.


Semua jenis perbuatan seks, anda namakan saja. Saya beri dia dua kit ujian kehamilan dan keputusannya negatif. Saya memperkenalkan diri saya dan menjelaskan bahawa kami di sini semua mahu melindungi dia. Saya tanya nama dia dan tanya nama panggilannya apa.


Terdahulu, guru berkenaan telah menjelaskan kepada saya mengenai apa yang berlaku dan mereka mahu apa tindakan seterusnya yang boleh diambil. Seperti kebiasaannya, hubungi talian Nur 15999, buat laporan polis dan buat pemeriksaan kesihatan.


Tetapi anak ini tidak takut dengan semua itu, apa yang dia nak tahu ialah apa yang akan terjadi pada mak dan adik-beradiknya nanti. Dia tetap sayang ayah, dia cuma nak ayah dia berhenti berbuat jahat padanya.


I actually said, "Today I try my best to do what you want. Nak report polis?


"Tak tahu."


"Habis dik, nanti siapa nak beritahu ayah supaya jangan buat lagi?"


"Tak tahu."


"Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat."


Akhirnya dia kata, "Kakak pun kena juga. Kalau kakak report, saya report."


Kakak dia berada di Kuala Lumpur dan dia tinggal di Selangor. Dia menghubungi kakak dia, tetapi kakak dia seperti dia juga.


"Nanti apa kata keluarga? Nanti apa kata jiran? Nanti ayah kena buang kerja. Saya nak sambung belajar. Kalau ayah tak kerja, siapa nanti nak tanggung belajar?


"Tak apalah, biarkan saja. Mak kata bagi peluang," kata si kakak.


Saya beri penjelasan lagi. Tetapi si kakak kata dia nak fikirkan terlebih dulu dan malam ini akan beritahu keputusannya. Saya kata okey.


Remaja ini tadi dah mula bercakap sedikit, lebih baik dari awal-awal tadi. Rasa lega, katanya.


"Ini sementara saja. Nanti balik cuti semester lain pula," jelas saya lagi.


Saya pun pulang dan menunggu keputusan dari kakak remaja berkenaan. Saya menghubungi JKM WPKL, pasukan beruniform dan prepared the teacher and waited. Baru sebentar tadi si kakak dan buat keputusan.


"Buatlah report, tetapi biar hujung minggu sewaktu ayah tak kerja," katanya.


And as someone who respect the need and consent of a child, wish i could do better. Everyone is in place. Now we let the system run.


Tetapi yang saya paling sedih, among siblings, dah boleh share" Kau kena tak semalam?" sesama sendiri sebab dah biasa kena. More then 5 years.


If you ask me, the family dynamics plays an important role why children fikir tak nak report. Ayah seorang sahaja yang kerja, mak suri rumah, tiada datuk nenek saudara dan ada konflik keluarga. Jadi kalau ayah masuk jail, siapa yang susah. Mereka yang susah. Jadi penyelesaian yang itu perlu.


Imagine how to answer that infront of the child? Mana sempat nak maki-maki. Saya senyum sahaja dan explain our system macam mana.


*I may have foster care to be in place.


Apa masyarakat boleh buat? Kenal balai polis yang berdekatan, dapatkan number telefon polis. Ingat talian 15999 dan ajar pada semua anak-anak.


JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT

JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT

JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT


(especially cikgu, kaunselor, jiran)


Sumber: Syed Azmi Alhabshi & The Reporter

Kisah Tukang Kayu Menemani Mayat Di Dalam Kubur Selama 40 Hari



Alkisah seorang ahli perniagaan yang sangat kaya raya menulis surat wasiat: “Barang siapa yang mau menemaniku selama 40 hari di dalam kubur setelah aku mati nanti, akan aku beri warisan separuh dari harta peninggalanku.”


Lalu ditanyakanlah hal itu kepada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.


Tapi anak-anaknya menjawab, “Mana mungkin kami sanggup menjaga ayah, karena pada saat itu ayah sudah menjadi mayat.”

Keesokan harinya, dipanggillah semua adik-adiknya. Dan beliau kembali bertanya, “Adik-adikku, sanggupkah diantara kalian menemaniku di dalam kubur selama 40 hari setelah aku mati nanti? Aku akan memberi setengah dari hartaku!”


Adik-adiknya pun menjawab, “Apakah engkau sudah gila? Mana mungkin ada orang yang sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.”


Lalu dengan sedih Konglomerat tadi memanggil ajudannya, untuk mengumumkan penawaran istimewanya itu ke se antero negeri.


Akhirnya, sampai jugalah pada hari di mana Konglomerat tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya dihias megah laksana sebuah peristirahatan termewah dengan semua perlengkapannya.


Pada waktu yang hampir bersamaan, seorang Tukang Kayu yang sangat miskin mendengar pengumuman wasiat tersebut. Lalu Tukang Kayu tersebut dengan tergesa-gesa segera datang ke rumah Konglomerat tersebut untuk memberitahukan kepada ahli waris akan kesanggupannya.


Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah Sang Konglomerat. Si Tukang Kayu pun ikut turun ke dalam liang lahat sambil membawa Kapaknya. Yang paling berharga dimiliki si Tukang Kayu hanya Kapak, untuk bekerja mencari nafkah.


Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan area pemakaman, datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.


Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang, ia segera agak menjauh dari mayat Konglomerat. Di benaknya, sudah tiba saatnya lah si Konglomerat akan diinterogasi oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.


Tapi yang terjadi malah sebaliknya, Malaikat Mungkar-Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya, “Apa yang kau lakukan di sini?”


Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah dari harta warisannya”, jawab si Tukang kayu.


Apa saja harta yang kau miliki?”, tanya Mungkar-Nakir. “Hartaku cuma Kapak ini saja, untuk mencari rezeki”, jawab si Tukang Kayu.


Kemudian Mungkar-Nakir bertanya lagi, “Dari mana kau dapatkan Kapakmu ini?” “Aku membelinya”, balas si Tukang Kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir dari dalam kubur tersebut.


Besok pada hari kedua, mereka datang lagi dan bertanya, “Apa saja yang kau lakukan dengan Kapakmu?” “Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar, lalu aku jual ke pasar”, jawab tukang kayu.


Pada hari ketiga ditanya lagi, “Pohon siapa yang kau tebang dengan Kapakmu ini?” “Pohon itu tumbuh di hutan belantara, jadi ngak ada yang punya”, jawab si Tukang Kayu. “Apa kau yakin?”, lanjut Malaikat. Kemudian mereka menghilang.


Datang lagi pada hari ke empat, bertanya lagi “Adakah kau potong pohon-pohon tersebut dengan Kapak ini sesuai ukurannya dan beratnya yang sama untuk dijual?” “Aku potong dikira-kira saja, mana mungkin ukurannya bisa sama rata”, tegas tukang kayu.


Begitu terus yang dilakukan Malaikat Mungkar Nakir, datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah. Dan yang ditanyakan masih berkisar dengan Kapak tersebut.



Pada hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir, “Hari ini kami akan kembali bertanya soal Kapakmu ini”.


Belum sempat Mungkar-Nakir melanjutkan pertanyaannya, si Tukang kayu tersebut segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sudah banyak orang yang menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.


Si Tukang Kayu dengan tergesa-gesa keluar dan lari meninggalkan mereka sambil berteriak, “Kalian ambil saja semua bagian harta warisan ini, karena aku sudah tidak menginginkannya lagi.”


Sesampai di rumah, si Tukang Kayu berkata kepada istrinya, “Aku sudah tidak menginginkan separuh harta warisan dari mayat itu. Di dunia ini harta yang kumiliki padahal cuma satu Kapak ini, tapi Malaikat Mungkar-Nakir selama 40 hari yang mereka tanyakan dan persoalkan masih saja di seputar Kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak? Entah berapa lama dan bagaimana aku menjawabnya.”


Dari Ibnu Mas’ud RA dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, “Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara, yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya dan kemana dibelanjakannya, ilmunya sejauh mana diamalkan?” (HR. Turmudzi)


#Like & Share…. Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa =D Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari) Silahkan Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.


Sumber: Jomshare.net

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.