Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kajian Kata Wanita Cantik Lebih Cenderung Dapat Anak Perempuan



Kalau anda ada ramai anak perempuan berbanding lelaki, mungkin inilah maksudnya. Dalam tak sedar anda mungkin dalam kategori wanita cantik. Wahhh


Bukan cakap saja-saja tapi ia berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Satoshi Kanazawa dari London School of Economic.


Menurut kajian ini, wanita yang menarik atau cantik cenderung hamil dan melahirkan anak perempuan.


Kajian ini telah menjejaki 17,000 bayi di Britain yang lahir pada tahun 1958. Ketika seramai 17,000 bayi ini memasuki usia 7 tahun, Dr. Kanazawa telah meminta guru mereka untuk menilai tahan kecantikan mereka.


Bayi yang sama ini kemudian ditemuramah pada usia mereka 45 tahun. Di sini mereka membuat kesimpulan bahawa wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang cantik kebanyakannya mempunyai anak perempuan.



Terdapat satu lagi kajian tentang wanita cantik. Ia dilakukan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.


Membuat kajian terhadap 1,244 wanita dan 977 lelaki didapati bahawa wanita cantik 16% mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6% mempunyai lebih anak.


Sementara itu lelaki yang dianggap tak begitu kacak pula dilihat 13% mempunyai kurang anak berbanding lelaki lain.


Tapi apa pun ini hanya kajian, kita sebagai umat Islam kena percaya rezeki anak itu lelaki atau perempuan ketentuan Yang Maha Esa. Paling utama kita doakan anak kita sihat dan sempurna.


Sumber: vanillakismis.my


Comments :

0 comments to “Kajian Kata Wanita Cantik Lebih Cenderung Dapat Anak Perempuan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.