Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Suri Rumah Diragut Dua Beradik Sampai Terjatuh Motosikal, Koma



Seorang suri rumah koma selepas terjatuh dari motosikal akibat diragut dua peragut yang merupakan adik beradik, lapor Harian Metro.


Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam di Kampung Sri Rebana, Machang, Kelantan, mangsa, Maria Erianty Zakaria, 40, parah di kepala dan patah tangan kirinya kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.


Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu terus mengejar suspek menyebabkan motosikal yang ditunggangi mereka terbabas.


Penduduk kampung segera menghambat suspek, tetapi berlaku pergelutan di antara mereka sebelum dua suspek terbabit berjaya ditahan.


"Terdahulu, suspek yang menunggang motosikal SYM mengekori mangsa yang menunggang motosikal sendirian sejauh dua kilometer dari Kampung Sri Rebana menghala ke Kampung Wek.


"Tiba di lokasi, suspek, dengan seorang daripadanya berada di tingkatan dua, meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal.


"Mangsa terjatuh dan beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian terus mengejar suspek dengan motosikal menyebabkan dua beradik itu terbabas sebelum cuba melarikan diri," katanya.



Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke HUSM.


"Kami sedang membuat permohonan reman ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Motosikal SYM ditunggang suspek bagi membantu siasatan selain menemui semula beg tangan mangsa,” katanya.



Siasatan awal mendapati, suspek berusia 26 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan curi. Ujian air kencing juga mengesahkan dua suspek terbabit positif dadah jenis methamphetamine.


Sumber - The Reporter

Comments :

0 comments to “Suri Rumah Diragut Dua Beradik Sampai Terjatuh Motosikal, Koma”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.