Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Moringa – Pokok Ajaib



Namanya seperti nama India. Moringa. Ini adalah nama sejenis pokok yang pernah di beri gelaran “Plant of the Year” Hari Bumi 2008 . Ia berasal dari benua India, dan kini didapati tumbuh di banyak negara beriklim panas di benua Afrika, Amerika dan Asia , termasuk di tanah air kita sendiri Malaysia.


Dikalangan orang India, pokok ini memang terkenal sebagai remedi menyembuh pelbagai penyakit dan juga bahan pelbagai jenis masakan dan perencah. Di Malaysia pokok Moringa banyak kelihatan ditanam di halaman rumah orang keturunan India .


Bagaimanapun ia agak asing dan kurang terkenal di kalangan orang Melayu. Walaupun begitu, di kalangan orang Kelantan dan Terengganu ia agak dikenali. Dipanggil pokok Gamungga. Orang utara Semenanjung panggil Mongai. Orang Kelantan dan Terengganu mengenali pokok ini kerana daunnya dan buahnya dimakan untuk kesihatan badan.


Buahnya dicampur dalam masakan sayur goreng dan sayur lemak . Daunnya pula biasanya digoreng bersama bawang dalam telur goreng dardar. Di Indonesia ia digelar Kelor. Daun dan buah dijadikan ulam dan dimasak dalam sup sayur. Selain dimakan, daunnya dijadikan alat dalam kaedah mengeluarkan susuk dari tubuh manusia dan untuk menghalau jin oleh orang Indonesia.


Tak Kenal Maka Tak Cinta

Nama gelarannya “Tree of life” , “Miracle Tree”, “Mother’s Best Friend”.


Moringa ialah sejenis pokok tumbuh secara asli di India dan Afrika Utara, kini ditanam di Amerika Tengah dan Selatan, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina. Daun spesis moringa oleifera ini telah dikenali kebelakangan ini tersangat baik untuk kesihatan manusia.


Rupa-rupanya pokok ini ada di Malaysia. Cuma kurang dikenali ramai. Apabila disebut moringa bersekali dengan spirulina, acai , koko , wheatgrass yang memang terkenal itu, menunjukkan moringa ini mempunyai kehebatan .


Mengenali Pokok Moringa

Pokok Moringa sangat mudah didapati di Malaysia. Daunnya hijau bulat halus seperti daun pokok raintree yang ditanam merata-rata di tepi jalan. Buahnya seperti kacang panjang tetapi jauh lebih panjang dan besar. Bunganya halus berwarna putih kekuningan. Dahannya banyak dan tumbuh secara berselerak tidak terurus.


Menanamnya pun sangat mudah, samada dengan cara menanam dari biji benih atau mencucuk dahan yang dipotong di dalam lobang tanah. Pokok ini tumbuh dengan cepat sehingga 10 kaki tinggi dalam masa 7-8 bulan sahaja. Ia tidak perlu penjagaan rapi, dan boleh tumbuh di mana-mana walaupun ditanah dianggap kurang baik untuk tanaman lain.


Pokok Moringa bukan pokok sebarangan. Daun dan buah moringa ialah sumber makanan lengkap yang tersangat hebat dan menakjubkan.


Moringa di kategorikan sebagai “superfood”

Daun dan buahnya mempunyai protein, segala macam vitamin, zat galian, amino acid dan antioxidant yang mengatasi sumber makanan yang lain. Daun moringa sangat kaya dengan antioxidant dan menjadi raja segala sumber antioxidant , lebih hebat dari ‘beri acai’ dan teh hijau . Peranan antioxidant dalam tubuh manusia ialah sebagai pertahanan dan pencegahan dari penyakit barah dan penyakit yang merosakkan sel-sel dalam badan.


Disamping itu moringa memiliki lebih 90 jenis nutrien seperti vitamin, protin, asid amino, zat galian besi, calcium dan potasium. Kehebatan moringa diiktiraf oleh W.H.O apabila badan dunia itu mengambil moringa sebagai bahan pemakanan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masaalah “malnutrition” atau kurang zat pemakanan di beberapa buah negara di Afrika.



Moringa memang hebat. Pokok no 1 di dunia

Ia boleh ditanam di tepi jalan dan longkang, depan rumah dan di sekitar taman perumahan. Tanah terbiar boleh dimenafaatkan dengan ditanam dengan moringa. Langkah sebegini sangat bijak kerana menanam pokok moringa terlalu mudah, dan ia akan tumbuh sendiri tanpa perlu banyak jagaan dan membaja.


Dengan manfaat yang ada pada moringa , menanam sebatang pokok moringa seumpama menanam multi-vitamin atas pokok. Bila perlu vitamin pergi ambil daun terus dari pokok.Simple.Ekonomi.Tak payah lagi ke farmasi.


Cara Mengambil Moringa

Cara Pertama


Cara pertama yang paling mudah ialah memetik daun-daun dan buah, dimakan mentah , atau dimasak mentah dengan banyak cara masakan dan pelbagai resipi.


Daun dan buah dipotong-potong dijadikan salad atau “spread”.


Daun boleh dimasukkan dalam masakan ikan, daging dan ayam .Ia boleh ditambah kedalam nasi goreng, sup, sambal belacan dan cokodok . Anda hanya perlu imaginasi untuk melakukannya.


Cuma ingat supaya daun tidak dimasak terlalu lama. Cara terbaik ialah hanya masukkan daun ke dalam masakan dihujung waktu memasak supaya nutrien tidak rosak oleh panas api atau air mendidih.


Sebahagian dari vitamin terutama vitamin C mungkin rosak bila terdedah kepada kepanasan melebihi 140 darjah F atau 60 darjah C.


Cara Kedua


Cara kedua untuk menyediakan moringa ialah dengan mengeringkan daun di bawah bangsal dan tidak terdedah kepada kepanasan terik matahari.


Letak daun-daun bersama ranting diatas para dan ditutup dengan netting di atas (sebagai langkah menjaga kebersihan). Biarkan dalam masa beberapa hari sehingga daun-daun jadi kering. Daun-daun akan luruh sendiri dari ranting, dan seterusnya ranting-ranting dibuang.


Masukkan daun-daun kering ke dalam “mill” atau “blender kering” supaya daun dipotong halus menjadi serbuk teh dan disimpan dalam bekas kering dalam rumah.


Gunakan serbuk kering dengan memasukkan ke dalam masakan seperti cara pertama diatas.


Cara Ketiga-Buat Teh Moringa


Cara terakhir iaitu membuat teh moringa adalah bagi saya paling best.


Masukkan 1 sudu teh serbuk kering ke dalam unchang teh (dibuat dari kain nipis) dan letak uncang di dalam air panas di dalam cawan. Biarkan selama 5 minit.


Setelah itu keluarkan uncang dari cawan. Warna air bertukar kemerahan seakan air teh. Tambah sesudu madu lebah ke dalam air teh yang tersedia, ummmph lazat sekali.


Manfaat moringa banyak sekali. Paling utama ialah pengambilan moringa akan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental seseorang.


Tanam pokok moringa hari ini. Anda tentu seorang yang bijak.


Sumber - Islam itu indah

Comments :

0 comments to “Moringa – Pokok Ajaib”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.