Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

'Kalau Dia Sedar Dan Hendak Pulangkan, Itu Lebih Baik' - Pemangku Raja Pahang



Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui turut berasa dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, lapor Kosmo!


Bagaimanapun, baginda menerima baik sekiranya Farid Kamil mengambil keputusan dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).


"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.


"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.


"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," titah baginda kepada pemberita semalam semasa mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Asap yang hangus dijilat api dalam kejadian petang kelmarin.


"Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur. Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," tambah baginda.


Farid Kamil menerima anugerah DIMP yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, pada 16 Disember lalu.


Sumber: The Reporter

Comments :

0 comments to “'Kalau Dia Sedar Dan Hendak Pulangkan, Itu Lebih Baik' - Pemangku Raja Pahang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.