Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tergerudi Ibu Jari Sendiri



Malang nasib seorang lelaki warga Bangladesh apabila ibu jari tangan kirinya tertusuk mata gerudi ketika sedang mengendalikan mesin di sebuah kilang, di Sungai Baong, Nibong Tebal.


Harian Metro melaporkan, kejadian itu berlaku pada jam 8 pagi dan mangsa di bawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan.


Bagaimanapun, petugas perubatan hospital berdepan dengan kesukaran ketika mahu mengeluarkan mata gerudi berkenaan lalu menghubungi bomba untuk meminta bantuan.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.14 pagi dan terus bergegas dan sampai di HSB dalam masa 10 minit.


“Kami menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mata gerudi yang tersepit pada jari mangsa.


“Operasi khidmat khas itu tamat selepas anggota mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mata gerudi berkenaan dari ibu jari kiri mangsa,” katanya.



Difahamkan, pekerja terbabit berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Sumber: The Reporter

Comments :

0 comments to “Tergerudi Ibu Jari Sendiri”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.