Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

[Video] Aksi Bayi Yang Baru Lahir Ini Peluk Dan Cium Wajah Ibunya Sangat Menyentuh Hati



Bila bercerita mengenai pengalaman bersalin, sudah tentu ini merupakan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh ibu-ibu kerana penuh dengan cabaran, dari perasaan menahan sakit sehingga saat melahirkan bayi mereka.



Namun ada sebuah rakaman video seorang bayi yang baru dilahirkan kelihatan memeluk dan mencium wajah ibunya. Brenda Coelho bersalin secara ceasar di Hospital Santa Monica yang terletak di Brazil.


Video tersebut menjadi tular di internet kerana ramai yang tersentuh hati melihat bayi bernama Agata itu seolah-olah sudah memahami perasaan kasih sayang di antara ibunya. Walaupun doktor cuba untuk melepaskan dia dari si ibu, bayi itu terus menangis dan kelihatan selesa dalam pelukan ibunya.



Menurut Brenda, saat-saat terindah itu sangat luar biasa baginya. Meskipun sakit ketika bersalin, kehadiran bayi perempuan itu sudah cukup bahagia buat dia dan suaminya.


Berikut merupakan rakaman yang sempat dirakam mengabadikan momen-momen indah ini.


Sumber: Taiko TV

Comments :

0 comments to “[Video] Aksi Bayi Yang Baru Lahir Ini Peluk Dan Cium Wajah Ibunya Sangat Menyentuh Hati”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.