Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

AS dilanda cuaca sejuk ekstrim, 19 maut


FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Satu fenomena cuaca yang digelar 'bomb cyclone' menyebabkan beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) menghadapi suhu serendah -29 darjah celcius.


Kata BBC, keadaan bertambah teruk dengan keadaan angin sejuk yang menyebabkan suhu jatuh ke tahap ekstrim iaitu -67 darjah celcius, malam semalam.


Di Massachusetts, salji setebal 1 kaki (30 sentimeter) direkodkan sehari selepas 'bomb cyclone' membawa ribut salji tebal bermula di pantai timur AS.


Di New England, beberapa kawasan tadahan air beku dalam tempoh sangat pantas berikutan angin sejuk kencang yang melanda kawasan berkenaan.


Tak cukup dengan itu, 19 kematian direkodkan di AS dan dua kematian di Kanada akibat cuaca sejuk.


Keadaan salji tebal juga menyebabkan aliran trafik lumpuh di utara dan selatan Carolina, selain menyebabkan kemalangan maut melibatkan empat mangsa.


Kemalangan maut juga dilaporkan berlaku di Wisconsin, Kentucky dan Texas.


Di Philadelphia, seorang pemandu maut dilanggar kereta api selepas kenderaanya tersekat di landasan kereta api akibat salji tebal.


Seorang remaja maut dan 35 lagi dilaporkan mengalami keracunan karbon monoksida di sebuah apartmen di New Jersey yang mencatat suhu -7 darjah celcius, malam Khamis lalu.


Sementara itu, beribu-ribu penerbangan dibatalkan pada Khamis dan Jumaat.


Bagaimanapun, penerbangan kini disambung semula dan terhad di lapangan terbang di New York dan Boston sahaja.


Sumber : Sinar Harian


Comments :

0 comments to “AS dilanda cuaca sejuk ekstrim, 19 maut”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.