Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Keliru Hukum ASB Haram Atau Harus? Fahami 3 Pandangan Yang Berbeza


Menjadi satu persoalan di kalangan ramai orang berkenaan hukum melabur di dalam ASB ini, ada yang kata boleh, ada yang kata harus dan ada juga pendapatan mengatakannya haram.


Jom kita baca pandangan Tuan Afyan Mat Rawi supaya kita semua lebih jelas tentang hukum ASB ini.


3 Pandangan Berbeza Tentang Pelaburan ASB Setiap kali isu ASB diperkatakan, pasti ada pandangan pertikaian tentang hukum.


Tulisan ini bukan untuk membincangkan bab hukum, cuma ingin menelusuri beberapa pandangan tentang hukum ASB.


Secara umumnya, ada 2 pandangan yang popular dan satu pandangan untuk keluar dari khilaf.


Pandangan #1 : ASB Hukumnya ‘Harus’


Pandangan ini ialah pandangan paling dominan.


Mazhab ini disokong oleh autoriti utama hukum fatwa di Malaysia iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah keluarkan hukum ASB harus sejak tahun 2008.


Ia juga turut disokong oleh majlis-majlis fatwa negeri di Malaysia. Terkini, Jabatan Mufti Negeri Selangor memfatwakan ASB adalah harus beberapa bulan lalu.


Selain itu, ia turut disokong oleh beberapa Majlis Penasihat Syariah perbankan Islam.


Sekurang-kurangnya 4 perbankan Islam di Malaysia yang mengharuskan ASB dengan mempunyai produk ASB Loan Financing iaitu :


CIMB Islamic Bank, Maybank Islamic, RHB Islamic Bank, dan AmIslamic Bank.


Difahamkan, tahun 2018 ini akan ada beberapa lagi perbankan Islam yang akan melancarkan produk ASB Loan Financing ini.


Jadi kesimpulannya, untuk mazhab ASB ‘harus’ ini, disokong oleh :


Majlis Fatwa Kebangsaan, 13 Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Kebangsaan, Sekurang-kurangnya 4 Majlis Penasihat Syariah Perbankan Islam.


Pandangan #2 : ASB ‘Tak Patuh Syariah’


Sebelum keluar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008, ada beberapa Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Negeri yg menolak ASB. Antaranya, Jabatan Mufti Selangor dan Pulau Pinang.


Ia menjadi polemik peringkat kebangsaan juga apa ia turut disokong oleh beberapa tokoh besar dalam bidang muamalat di Malaysia, sekalipun selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi ASB pada 2008.


Kemuncaknya, pada tahun 2009 telah tersebar satu surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) respons SC berhubung isu patuh syariah ASB.


Dalam surat tersebut, SC memaklumkan bahawa ASB tidak mengikut garis panduan patuh syariah yang ditetapkan oleh SC. Surat itu adalah untuk edaran dalaman bank berkenaan saja, tetapi ia jadi viral.


Blog saya antara yang terawal kongsikan kandungan tersebut apabila terima ia daripada Yahoo Group. Zaman itu belum ada WhatsApp, Facebook seperti sekarang.


Sehingga kini, masih ramai yang berpegang kepada hujahan oleh SC ini.


Kesimpulannya, pendapatan menolak keharusan ASB disokong oleh :


Suruhanjaya Sekuriti / Security Commission.


Pandangan #3 : ASB ‘Harus,’ Tapi Perlu Dibersihkan Sebahagian Dividen


Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016.


Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.


Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.


Mana satu pilihan anda? Pandangan #1, #2, atau #3?


Tepuk dada, tanya iman dan ilmu. Kesemua autoriti di atas ada kapasiti dalam bidang masing-masing.


Majlis Fatwa Kebangsaan berautoriti untuk memberi fatwa hukum hakam Islam di peringkat kebangsaan.


Majlis Fatwa negeri pula, berautoriti memberi fatwa di peringkat negeri masing-masing untuk dipraktikkan di peringkat Jabatan Agama negeri.


Penasihat syariah bank pula, berautoriti dalam hal ehwal patuh syariah produk kewangan bank-bank Islam.


Manakala penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti pula, mengawal selia kepatuhan syariah instrumen pelaburan.


Sama ada kita terima atau tolak, sandarkan kepada ilmu. Bukan pada sentimen semata-mata.


Ia adalah khilaf di kalangan para alim ulama syariah dan muamalat negara ini. Setiap satu mempunyai hujah dan berjalan dengan harmoni di kalangan pihak berautoriti.


Jika betul dapat pahala dia, malah jika salah pun dapat satu pahala. Cuma di peringkat bawahan, ia menjadi polemik yang tak berkesudahan.


Dan secara peribadi, saya sangat mengharapkan ASB menjadi satu instrumen yang dapat membantu bumiputera, terutama ekonomi orang Islam, yang diterima status patuh syariahnya oleh semua autoriti berkaitan.


Sumber : Majalah Labur


Comments :

0 comments to “Keliru Hukum ASB Haram Atau Harus? Fahami 3 Pandangan Yang Berbeza”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.